Isnin, 29 Jun 2015

BENGKEL SKPK 2015 KEMAS NEGERI PERAK

Bengkel Penataran Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan (SKPK) Tahun 2015 telah diadakan pada 26 Jun 2015 di Pejabat KEMAS Parlimen Parit. Seramai 24 orang Penyelia Prasekolah KEMAS Negeri Perak terlibat didalam bengkel ini. Perjalanan bengkel telah diketuai oleh Cik Salihah bt Jusoh dari Operasi 1 KEMAS Negeri Perak. 



Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)

KSPK bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur 4 – 6 tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Hal ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia
untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah.




Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) diperkenalkan pada 2010 bertujuan untuk memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun.





FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”

VISI
“Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang”

MISI
“Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti”

MATLAMAT
• Melahirkan Bangsa Malaysia yang Taat Setia dan Bersatu Padu
• Melahirkan Insan Beriman, Berakhlak Mulia, Berilmu, Berketerampilan dan Sejahtera
• Menyediakan Sumber Tenaga Manusia untuk Keperluan Kemajuan Negara
• Memberi Peluang-Peluang Pendidikan kepada semua Warganegara Malaysia




PENDIDIKAN PRASEKOLAH

1. Pendidikan Prasekolah ialah program pendidikan yang disediakan kepada kanak-kanak yang berumur 4+ hingga 5+ tahun bertujuan untuk memperkembangkan potensi secara menyeluruh, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.

2 Pendidikan prasekolah juga bertujuan untuk menyediakan kanak-kanak dengan asas sosialisasi yang kukuh, menanam keyakinan diri dan membentuk konsep kendiri yang positif. Pelaksanaannya menjurus kepada pembangunan modal insan melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran yang memberi keutamaan kepada pengalaman, penglibatan aktif, selamat dan menyeronokkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAHABAT CYBER