Selasa, 2 April 2013

PTSR - PROGRAM MESRA RAKYAT

Disediakan oleh : Wartawan MEDIA KEMAS Parlimen Parit

Parit 21/03/2013 : Program Mesra Rakyat telah di adakan di Kg. Baharu Tanjung Medan. Program telah diserikan lagi dengan kehadiran YB. Ahli Parlimen Parit Drs. Mohd Nizar b. Zakaria, Penghulu Mukim Layang-layang, Ketua-ketua Kampung, Ketua Pemuda Bahagian serta penduduk Kg. Baharu, Lambor Kiri.

Program mesra rakyat melibatkan kehadiran pemimpin-pemimpin tempatan untuk bertemu dengan penduduk kampung serta beramah mesra dan juga mengadakan sesi soal jawab mengenai isu-isu semasa serta permasalahan yang dihadapi oleh penduduk kampung. Diakhir sesi jamuan kampung turut disediakan bagi penduduk kampung yang hadir.




Terima kasih kepada penduduk kampung serta pemimpin-pemimpin tempatan yang sudi hadir memeriahkan lagi Program mesra rakyat ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAHABAT CYBER