Rabu, 25 September 2013

KURSUS SULAMAN RIBEN - PROGRAM RTC KEMAS PERAK 2013



Kursus Sulaman Riben - Program RTC KEMAS Perak 2013 telah diadakan pada 24 dan 25 Sept 2013 di PKM KEMAS Pasir Salak. Seramai 25 orang terlibat di dalam projek membuat kraftangan ini yang dihadiri oleh surirumahtangga, peniaga kecil-kecilan, serta usahawan yang terlibat di dalam pembuatan kraftangan dari Parit, Pasir Salak, Bagan Datoh dan yang berhampiran.

Tenaga pengajar adalah terdiri dari KEMAS yang berkemahiran di dalam bidang kraftangan. Selain dari Kraftangan kursus seperti Dandanan Diri dan Masakan akan di adakan di dalam masa yang terdekat. Penglibatan dari usahawan-usahawan yang berminat adalah dialu-alukan bagi menambah kemahiran serta meluaskan jenis perniagaan terutamanya kraftangan yang hampir setiap hari berubah dari semasa ke semasa berdasarkan kreativiti, inovasi dan penggunaan bahan terbuang.

Semoga dengan adanya kursus-kursus seperti ini dapat meningkatkan kemahiran serta menambah pendapatan keluarga serta meningkatkan taraf kehidupan masyarakat. Terima kasih kepada semua peserta yang terlibat pada kursus pada kali ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAHABAT CYBER