Rabu, 8 Januari 2014

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL BAHAGIAN PENDIDIKAN MASYARAKAT KEMAS ZON 3 (LUMUT, PARIT, PASIR SALAK)

Majlis Penyampaian Sijil BPM diadakan adalah bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada semua Jawatankuasa Aktiviti Kelas KEMAS yang telah memberi sumbangan samada dalam bentuk kerjasama, idea2 memajukan masyarakat serta bergerak bersama KEMAS untuk memberi pendidikan kemahiran kepada masyarakat terutamanya di dalam bidang masakan, kraftangan, jahitan dan sebagainya agar masyarakat dapat meningkatkan taraf ekonomi keluarga dengan menjadi usahawan hasil dari pembelajaran bersama kelas KEMAS.
Majlis ini telah diadakan dengan menggabungkan 3 parlimen KEMAS yang terdiri daripada KEMAS Parlimen Lumut, Parit dan Pasir Salak. Kehadiran mendapat sambutan ramai dimana 650 orang peserta yang terlibat didalam program ini.
Majlis telah dirasmikan olen ADUN Bota dan KEMAS Negeri, Pegawai KEMAS Derah Manjung, Penyelia Kanan serta semua kakitangan KEMAS yang terlibat.
Antara aturcara yang dilaksanakan adalah pertandingan gubahan bunga tiruan, pertandingan jahitan karipap, pertandingan dekorasi pulut kuning dan rendang, jualan kek dan pastri oleh peserta BEK dan jualan makanan oleh peserta kelas KEMAS.
Semoga dengan adanya majlis ini semua jawatankuasa yang terlibat mendapat pengiktirafan atas kerjasama yang telah diberikan bagi memajukan masyarakat bersama-sama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAHABAT CYBER