Jumaat, 4 April 2014

Bengkel Media Massa dan Kewartawanan KEMAS Perak 2013

Fotografi sebenarnya luas pengertian dan cara pengolahannya. Terpulang kepada interpretasi dan ekspresi masing-masing. Fotografi juga mempunyai kriteria-kriterianya yang tersendiri. Jika tidak, kita tak mungkin dapat bezakan antara satu sama lain.

Kriteria-kriteria yang melayakkan sesuatu karya itu dilabelkan sebagai gambar  ialah:
1. Gambar mesti menampakkan ianya dirakam di tempat awam - Public Domain.
2. Rakaman mesti dibuat secara spontan - Unstaged.
3. Tiada sebarang arahan daripada jurugambar terhadap subjek - Unposed.
4. Elemen semasa mengambil gambar ialah - Rule of 3rd, Simpliciti dan Point of View.


Teknik Soft dan Sharpness digunakan

Bengkel diadakan di PKM Manjung pada 1 April hingga 4 April. Seramai 34 orang peserta mengambil bahagian di dalam bengkel ini. Tujuan utama diadakan adalah bagi memantapkan lagi kemahiran peserta di dalam dunia kewartawanan serta mengajar teknik-teknik menggunakan Camera DSLR serta cara mengedit gambar agar ianya menjadi perhatian serta fokus terhadap objek dapat dicerapkan di dalam gambar.


Burung sebagai objek utama dalam  gambar


Sesi fotografi gambar telah di jalankan di Pulau Pangkor, Panvill Resort, Teluk Nipah. Peserta semua dibawa menaiki feri dan seterusnya menyewa van untuk aktiviti fotografi di sekeliling pulau. Selain dari itu juga aktiviti snorkling serta lawatan ke pulau-pulau juga turut dilakukan bagi aktiviti fotografi keindahan pulau dan batu karang.


Semoga dengan adanya bengkel ini kesemua wartawan yang telah dilantik, dapat menjalankan tugas wartawan dengan penuh berdedikasi dan bertanggungjawab. Terima kasih kepada KEMAS, terutama Pengarah KEMAS Negeri Perak, Tuan Ahmad Kamal Idris b. Hj. Nawawi yang turut hadir di Bengkel Kewartawanan ini bagi merasmikan serta menyampaikan amanat-amanat kepada wartawan KEMAS Negeri Perak.
 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAHABAT CYBER