Ipoh, Angsana Mall - 27•09•2014 Sekarang telah berlangsung Promosi Kraf Malaysia di pusat membeli belah Angsana Mall, Ipoh. Promosi ini akan berlangsung selama 10 hari bermula 23 hingga 3 Oktober 2014 bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Seramai 24 usahawan kraf telah terlibat menjayakan aktiviti ini terdiri dari bidang batik, songket, hasil tanah, hasil rimba, logam dan aneka Kraf. Pelbagai acara dan aktiviti turut diadakan untuk memeriahkan lagi promosi ini, antaranya Demonstrasi Pembuatan Kraf, Interaktif Kraf,
Persembahan Tarian dan Kompang kanak-kanak Tabika KEMAS Kg. Suak Padi dan Pasir Salak.
Persembahan Tarian dan Kompang kanak-kanak Tabika KEMAS Kg. Suak Padi dan Pasir Salak.
Tabika KEMAS Kg. Suak Padi telah dijemput membuat persembahan Tarian sempena Promosi Kraf Malaysia 2014. Tabika KEMAS Kg Suak Padi telah menjadi Johan Tarian di Hari Potensi KEMAS Perak 2014 pada 17 dan 18 Sept 2014 di MRSM Parit. Nampaknya rezeki tidak putus-putus diterima oleh kanak-kanak cilik ini yang petah menari bak gaya penari profesional. Alhamdulillah dengan undangan yang diterima dan terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan.
En Zamri Awang Deris dari JAKOA Ipoh, juga turut hadir menjengah kanak-kanak ini membuat persembahan, terima kasih kerana sudi datang.
Tidak lupa juga kredit kepada PPS KEMAS Parit Pn. Salbiah bt Mohd Salleh, PM Siti Suzana Hj Othman, PPM Long Timah yang telah banyak menyumbang tenaga dan kederat didalam kelancaran pergerakan dan perjalanan kumpulan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan