Pekan 17/10/2014 - Program Muzium Pahang bersama Media diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara pihak Muzium Pahang dengan penggerak media cetak, media elektronik dan media sosial yang mempelopori promosi dan publisiti acara-acara dan program di seluruh negara. Disamping itu, harapannya agar media sosial yang sedia ada dapat mengenali dan menyebarkan tentang manfaat bidang permuziuman terhadap komuniti setempat dan masyarakat secara umumnya.
Lawatan dan liputan bergambar ke Muzium Seni Pahang, Muzium Sultan Abu Bakar, Galeri Pengangkutan Air, Kompleks Budaya dan Pusat Tenun Pulau Keladi, Istana Abu Bakar dan Makam sekitarnya. Semoga dengan adanya liputan bergambar di dalam Blog KEMAS Parit ini akan mengģalakkan orang ramai untuk membuat lawatan ke Negeri Pahang, khususnya kepada pelajar-pelajar sebagai lawatan sambil belajar disamping mereka 'Meraikan Ilmu' dengan peninggalan sejarah dahulu kala.
MUZIUM GALERI SULTAN ABU BAKAR
KOMPLEKS BUDAYA DAN TENUN, PULAU KELADI
MUZIUM SENI PAHANG
Pameran Siri Rasa Bertuhan ini diadakan dari 27//10/2014 - 27/01/2015 di Muzium Seni Pahang.
Ia merupakan sekumpulan karya seni oleh artis kontemporari terkenal Malaysia, Mohd Noor Mahmud, dikenali ramai sebagai Mat Nor, yang mengkaji hubungan diantara identiti islam dan Melayu. Kajian yang teliti ditujukan kepada orang Kelantan , dan ini menghasilkan takrifan orang Melayu sebagai satu komuniti etnoagama, melalui perayaan estetik Nama-nama Allah.
Siri Rasa Bertuhan ini diperbuat dari akrilik, habuk gergaji dan gam di atas kanvas. Kombinasi unsur-unsur ini, dengan kemahiran yang telah dipupuk sepanjang karier yang berdekad lamanya membolehkan Mat Nor menghasilkan tekstur yang membezakan di dalam karya beliau. Penggunaan seni khat sebagai simbol utama mengkaji beberapa aspek iaitu Al-Husna (Nama-nama Allah), agama dan kesyukuran terhadap Allah disamping dinamik di antara Islam dan budaya Melayu
Akhir kata, terima kasih kepada staff Muzium Negeri Pahang yang sudi mengiringi sepanjang perjalanan lawatan ini serta memberi info2 berkaitan galeri-galeri yang telah dilawati. Terima kasih juga kepada kawan-kawan yang memberi sokongan turut menyertai lawatan ini.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan