Jumaat, 31 Oktober 2014

TUNTUNG spesis makin PUPUS

29/10/2014 Parit - Tabika KEMAS NKRA Iskandar Perdana dan Tabika KEMAS Changkat Sodang membuat lawatan ke Pusat Konservasi Hidupan Liar ★Tuntung★ di Bota Kanan. Seramai 24 orang kanak-kanak tabika yang terlibat ke Tuntung. Chekgu Umi Kalthum dan Chekgu Hasnah sebagai guru yang bertugas membawa kanak-kanak melihat dan mempelajari mengenai hidupan air.

Udah macam pemain bolasepak pulak deme neh...
Jom kite ke Tuntung Bote nengok hidupan air, kite ke bote bote bote kanannnnnnn. Terima kasih Pusat Konservasi yang sudi menerangkan tentang Tuntung kepada kanak-kanak ini yang kebanyakkanya baru melihatnya!! legend nehhhhhh.. 



Sejarah Tuntung patut di bertahu kepada anak-anak generasi muda agar satu hari nanti mereka mengetahu spesis yang hampir pupus ini kerana kerakusan manusia mengambil dan  memusnahkan tempat pembiakan tuntung, terutamanya di tepian pantai.

Sejarah Tuntung Bota Kanan

Pusat Konservasi Hidupan Liar (Tuntung) Bota, Perak, Malaysia terletak di Kampung Bota Kanan Daerah perak Tengah iaitu kira-kira 50km dari Bandar Ipoh. Pusat yang ditubuhkan pada 1968 adalah sama dengan majlis yang berlangsung pada tahun 16 30an di mana Sultan Perak ketika itu Sultan Mudzaffar Shah II melepaskan tuntung ke Sungai Perak. Tujuan pusat ini ditubuhkan adalah untuk memulihara Tuntung melalui pengumpulan dan penetasan telur. Tuntung Sungai (Batagur baska) dan Tuntung Laut (Callagur borneoensis) merupakan spesies reptilia yang di pelihara dalam kolam-kolam pembiakan di Pusat Konservasi Hidupan Liar Bota Kanan. Spesies Tuntung ini dipelihara dan dibiakkan bagi mengelak kepupusan akibat aktiviti-aktiviti pengambilan pasir-pasir sungai yang tidak terkawal. Pasir sungai merupakan komponen utama di dalam habitat semula jadi spesies ini.


Pusat Konservasi Hidupan Liar Bota Kanan merupakan pusat Tuntung yang terbesar dengan bilangan yang mencapai 1356 ekor. Selain daripada menjadi kawasan bagi pemuliharaan spesies Tuntung, ia juga merupakan pusat penyelidikan bagi penyelidik dari dalam dan luar negara terutamanya bagi pelajar-pelajar yang meminati spesies hidupan liar ini


Telur-telur Tuntung yang diperolehi pada setiap musim bertelur akan dieramkan secara semula jadi di dalam kawasan berpasir yang terdapat di sekitar kawasan pusat. Tempoh masa pengeraman telur-telur Tuntung ini adalah di antara 75 hingga 100 hari. Terdapat sepuluh buah kolam pembiakan Tuntung, di mana setiap kolam pembiakan ini memelihara Tuntung mengikut peringkat umur masing-masing bermula daripada umur sehari penetasan sehingga umur dewasa. Tuntung tertua yang terdapat di sini berusia 37 tahun.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAHABAT CYBER