Khamis, 6 November 2014

ANAK MAKEUP IBU JADI TUMPUAN ANAK-ANAK

Sukaneka Tahunan Tabika KEMAS Gelung Pepuyu 1 dan 2 kini kembali lagi. Dilaksanakan di Padang RPA Gelong Pepuyu, seramai 22 orang kanak-kanak turut serta di dalam sukaneka pada kali ini. Perasmian telah dilakukan oleh Pengerusi Tabika KEMAS RPA Gelung Pepuyu iaitu Tn. Hj. Mohd Nasir bin Abdul Rashid. 




 Aktiviti yang dijalankan ialah : 
Pertandingan Lerek Bola dalam Gelung Rotan, Aiskrim Gergasi, Memadan Nombor, Cantum Sukukata, Pancing Ikan, Anak Hias Ibu dan Rekaan fesyen oleh Bapa.

Acara Anak hias Ibu mendapat sambutan terhangat pada kali ini. Anak perempuan makup ibu kemudian namak cantik, mereka pulak nak bermakeup... biasalah naluri setiap wanita, sukakan kecantikan..heheheheheh alahai anak-anak kecik lagi dah berminat menghias muke!!...


 


 

Tahniah diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa Aktiviti Tabika KEMAS yang banyak membantu dan menjayakan sukaneka pada kali ini. Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAHABAT CYBER