Selasa, 10 Februari 2015

LAWATAN KELAS PKK KE KILANG ROTI GARDENIA

Kelas Pendidikan Kesejahteraan Keluarga DUN Belanja telah mengadakan lawatan ke Kilang Roti Gardenia dan Perusahaan Makanan Bahulu di Selangor. Seramai 44 orang peserta kelas mengikuti lawatan yang telah dirancang semenjak dari tahun lepas lagi. Kerana kerancakan program yang diadakan dihujung tahun lepas program telah ditunda sehingga ke tarikh semalam iaitu 04.02.2015. Pemaju masyarakat yang mengetuai lawatan ini adalah Pn. Junaidah bt Mohamed Yusof (PM PKK Dun Belanja) 

Peserta Kelas PKK Dun Belanja yang mengikuti lawatan ke Kilang Roti dan Bahulu




Lawatan telah diadakan bertujuan membawa peserta mengikuti dan mengetahui bagaimana pembuatan roti dilakukan dan juga proses-proses sehingga terhasilnya roti yang sangat lembut dan digemari oleh semua orang. Selain itu juga, lawatan ini bertujuan mendedahkan kepada masyarakat bahawa proses pembuatan roti Gardenia ini adalah halal dan bersih, tidak seperti yg diwar-warkan tahun lepas, dimana roti Gardenia dikatakan tidak halal dan mengandungi bahan haram yg tidak dibenarkan. 


Setelah lawatan dilakukan dan kami berpeluang memasuki ke dalam kilang pembuatan roti ini, dan ternyata proses-proses pembuatannya adalah sangat bersih dan ianya adalah ditanggung halal. Rata-rata pekerjanya adalah orang melayu Islam. Oleh itu, kita tidak perlu ragu-ragu untuk menikmati roti yang menjadi kegemaran ramai ini.... Gardenia....





Taklimat diberikan sebelum lawatan ke dalam kilang bagi memastikan keselamatan dan kebersihan terjamin 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAHABAT CYBER