Khamis, 12 Februari 2015

MESYUARAT AJK TABIKA

Mesyuarat Jawatankuasa Aktiviti Tabika KEMAS Gelung Pepuyu telah diadakan pada 09 Januari 2015. Terima kasih kepada semua ibubapa yang hadir mesyuarat TBK KEMAS Gelung Pepuyu bagi tahun 2015, semoga apa yang dirancangkan akan dilaksanakan dengan jayanya tanpa ada sebarang masalah..insya Allah......

Mesyuarat Jawatankuasa Aktiviti TBK KEMAS Gelung Pepuyu tahun 2015

Tahniah kepada ibubapa dan Cekgu nyer Pn. Dewi Hirawati Ahmad dan PPM Pn. Robayah berjaya mengadakan mesyuarat dengan penglibatan ramai ibubapa dan juga Ketua Wanita serta Ketua Taman yang turut hadir bagi memeriahkan mesyuarat.

Semoga perancangan aktiviti yang dirancang akan dilaksanakan dengan kerjasama penglibatan semua ibubapa dan anak-anak Tabika serta masyarakat setempat.





Tahniah kepada semua jawatankuasa 2015 yang telah dilantik, semoga tanggungjawab yang digalas dapat dijalankan dengan kerjasama berpasukan bagi menaikkan nama Tabika KEMAS Gelung Pepuyu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAHABAT CYBER