Isnin, 2 Februari 2015

SUKARELAWAN PASCA BANJIR KELANTAN

Taklimat dari Tn. Ahmad Kamal Idris b. Hj. Mohd Nawawi, Pengarah KEMAS Negeri Perak kepada Sukarelawan Pasca Banjir yg akan bergerak ke Kuala Krai, Kelantan untuk Pasca Banjir pada 24-25 Januari 2015, jam 2.00 pg. Sebanyak 2 buah bas akan bergerak dengan membawa 94 orang sukarelawan KEMAS terdiri daripada penyelia dan pemaju masyarakat pelbagai jurusan.

Tn. Pengarah sedang memberi taklimat kepada para petugas Sukarelawan Pasca Banjir Kuala Krai

~ Ya Allah, selamatkan perjalanan kami membantu mangsa banjir di sana dan permudahkanlah segala urusan kami...amin Alhamdullilah bacaan doa dari En. Anuar sebelum memulakan perjalanan...seramai 94 orang Sukarelawan mengikuti perjalanan pagi ini.. 

 



Sepanjang laluan di Pekan Kuala Krai banyak kerosakan dan kemusnahan ~ Sukarelawan Bas 1 sampai di checkpoint pertama Pej KEMAS Kuala Krai jam 9.30 pagi...alhamdulillah, pihak tuan rumah turut menyediakan sarapan pagi..terima kasih kepada En. Anua, PKD KEMAS Kuala Krai.

Group Sukarelawan ke dua tiba di Pejabat KEMAS Daerah Kuala Krai jam 9.50pg....cukup sudah Sukarelawan dri KEMAS Perak seramai 94 orang, selepas ini taklimat dri KEMAS Kuala Krai berkenaan aktiviti hari ini...








Tugasan pertama : Taklimat dari Tn. Hj. Mohamad Hussin, Penolong Pengarah Operasi 2, KEMAS Perak dan En. Anua, PKD KEMAS Kuala Kerai bagi pembahagian tugasan pembersihan di 2 check point iaitu di Kuala Krai dan Manik Urai. Tugasan ke dua pula memunggah barang2 peralatan dan barang2 sumbangan dari bas-bas ke Pejabat KEMAS Daerah Kuala Krai 









Tugasan Pembersihan dipecahkan kepada beberapa kawasan mengikut kumpulan ~ Gambar menunjukkan keadaan di Kg. Bukit Jong, banyak rumah yg rosak dan peralatan musnah..dikhabarkan di kg ini hanya tinggal bumbung kelihatan semasa banjir melanda.

Sedih juga tgk nasib mereka, ada yg langsung roboh rumahnya, menumpang di surau buat sementara hingga rumah siap dibaiki semula.







 






Akhir sekali, taklimat dan sumbangan kepada mangsa banjir yg terdiri daripada 67 org Pemaju Masyarakat KEMAS Kuala Krai ~ Tn. Hj. Mohamad b. Hussien, Pen. Pengarah Operasi 2, menyampaikan sumbangan yg diberikan oleh Warga KEMAS Perak kepada mangsa banjir di Pej. KEMAS Kuala Krai...semoga semuanya tabah menghadapi dugaan yang melanda, sesungguhnya berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul..










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAHABAT CYBER