Sabtu, 7 Mac 2015

AKTIVITI MELUKIS DILUAR TABIKA

Tabika KEMAS Taman Indera Barat, 6.3.2015 minggu ke 8 dan tema minggu ini adalah  Diri Saya, Kawan Saya. Semua kanak-kanak dibawa ke luar kelas untuk meluaskan pandangan dan fikiran dan bermulalah masing2 menunjukkan bakatnya melukis. 




Ada yang lukis gambar keluarga, ada yang lukis diri sendiri ada lukis gambar kawan-kawan dan lain lain lagi yang terlintas di fikiran mereka...mmm kreatif neh, macam-macam yang terhasil bila cekgu suruh melukis.




Akhir sesi persekolahan hari ini ada kejutan untuk anak-anak. Atuk kepada Adik Hafiz Darwisy telah datang ke sekolah dan bersedekah kepada anak-anak sedikit manisan dan buah tangan untuk anak-anak Tabika sempena hari Jumaat yang mulia ini... terima kasih atuk, terima kasih cekgu Jaridah Qaseh...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAHABAT CYBER