Selasa, 10 Mac 2015

MESYUARAT KELAS PKK KG. DUSUN HULU

Kelas Pendidikan Kesejahteraan Keluarga Kg. Dusun Hulu telah mengadakan Mesyuarat Penubuhan Kelas Pendidikan Kesejahteraan Keluarga bagi tahun 2015. Kehadiran adalah seramai 13 orang. Terima kasih kepada kaum wanita yg beminat untuk memgadakan kelas KEMAS di kampung ini. 



Sama-samalah kita menjayakan kelas ini dengan kehadiran lebih ramai lagi bagi menimba ilmu dan kemahiran-kemahiran dari cekgu-cekgu yang berpengalaman. Tenaga pengajar di Kg. Dusun Hulu adalah Pn. Ramalah bt Jidi. Kelas diadakan pada setiap minggu 1 dan 2 pada hari khamis.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAHABAT CYBER