Khamis, 5 Mac 2015

PELANCARAN MESYUARAT AGONG KEMAS PERLIMEN PARIT TAHUN 2015

Majlis Pelancaran Mesyuarat Agong Aktiviti KEMAS Parlimen Parit bagi tahun 2015 telah di adakan pada 03.03.2015 di Institut Latihan KEMAS Seri Iskandar. Perasmian telah dilaksanakan oleh Penolong Pengarah Bahagian Latihan dan Koporat KEMAS Negeri Perak iaitu En. Mohd Syukri b. Ibrahim. Turut hadir Pegawai KEMAS Daerah Perak Tengah, Pn. Normalina bt Abdul Manap dan Penyelia Kanan KEMAS Parlimen Parit.




Penceramah GST pula adalah En. Azmi b. Ismail Penyelia Penyelia Pembangunan Desa dan Perhubungan Parlimen Pasir Salak.  En. Azmi menerangkan mengenai GST yang akan dilaksanakan pada 1 April 2015, dimana ibubapa dan Jawatankuasa Aktiviti Tabika KEMAS diterangkan bahawa dengan pelaksanaan GST harga barang tidak akan naik dan kerajaan telah memberi jaminan dan telah mengedarkan barang-barang yang tidak akan naik dan masih terkawal.


 Selain dari itu juga, TABIKA KEMAS telah menganjurkan beberapa booth bagi setiap aspek pembelajaran dan pengajaran yang diajarkan di Tabika. Antaranya adalah Pusat Bahasa dan Komunikasi, Pusat Kerohanian dan Moral, Pusat Kreativiti dan Estetika, Pusat Sains dan Teknologi, Pusat Ketrampilan Diri dan Sudut Makanan Seimbang dan Sudut Main Peranan.









Acara sehingga pukul 5.00 petang dan diucapkan ribuan terima kasih kepada pengerusi, setiausaha, ibubapa dan kanak-kanak Tabika KEMAS, pengerusi kelas Bahagian Pendidikan Masyarakat dan Bahagian Bina Insan kerana sudi hadir ke Majlis Pelancaran Mesyuarat Agong Aktiviti KEMAS bagi tahun 2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAHABAT CYBER