Rabu, 15 April 2015

KUIH ONDE-ONDE

Tabika KEMAS RPA Gelung Pepuyu..... aktiviti membuat kuih tradisional iaitu kuih buah melaka atau juga lebih dikenali sebagai kuih onde-onde.... lepaih ne deme kenai ler macam mana kuih buah melaka tu.... selain tu kanak-kanak juga belajar cara-cara menguli tepung (finemotorskills), dan juga makanan-makanan yang berkhasiat untuk dimakan serta makanan-makanan yang perlu dielakkan... MAKANAN BERKHASIAT, BADAN PUN SIHAT!!! wik wik wik.....terima kasih cekgu Dewi Hirawati Ahmad dan cekgu Wani.

KANAK-KANAK TENGAH MENGULI TEPUNG


Buah Melaka hasil tangan kanak-kanak Tabika KEMAS RPA Gelung Pepuyu

Bahan-bahan
1 cawan tepung pulut
20 helai daun pandan diblend, toskan dan ambil airnyer
(kalau nk warna merah macam diatas boleh bubuh pewarna rose sahaja)
Garam secukup rasa (garam dimasukkan dlm air pandan)
Gula melaka 1 keping

Inti
Gula melaka di potong kecik2
Kelapa parut

Cara-cara
Masukkan tepung dan air pandan dlm mangkuk...diuli sehingga adunan tidak melekat ditangan
Kemudian ambil aduan sikit2 
1.buat bulat 
2. Dileperkan dan masukan gula melaka. 
3.dan dibulatkan sekali lg.
Panaskan air, apabila mendidih masukan kuih...tunggu sehingga terapung baru angkat
Akhir sekali gaulkan kuih tadi dgn kepala dan boleh dumakan .....selamat mencuba



Kuih onde-onde atau juga dikenali sebagai buah melaka merujuk kepada sejenis kuih yang diperbuat daripada bahan-bahan seperti tepung beras pulut, manisan, kelapa muda parut, garam, air dan daun pandan (untuk warna dan baunya yang harum). Kuih onde-onde merupakan sejenis hidangan yang popular di Malaysia. Di Indonesia ia dikenali dengan nama Klepon. Di Brunei ia dikenali sebagai kuih pancit.


Nama kuih onde-onde datangnya dari cara menghasilnya di mana adunan digentel bulat. Nama kuih buah Melaka pula datangnya dari saiz dan bentuknya yang menyerupai buah pokok melaka. Selain itu perbezaan antara kuih onde-onde dan kuih buah Melaka adalah kandungan intinya. Kuih buah Melaka menggunakan gula kabung/gula Melaka yang lebih cerah sebagai inti. Kuih onde-onde pula menggunakan gula nisan yang diperbuat daripada nira kelapa dan bewarna lebih hitam.Di sesetengah tempat di pantai timur kuih ini lebih dikenali sebagai kuih kekoh caar.


Kuih onde-onde ini boleh didapati sepanjang tahun tetapi lebih diminati waktu bulan puasa. Ia sesuai dimakan semasa minum petang. Kuih onde-onde mempunyai adunan tepung beras pulut yang menyelitupi manisan nisan di sebelah pantai timur atau gula kabung di sebelah pantai barat (buah melaka). Kuih ini dibebat dalam kelapa parut sebelum dihidangkan bagi mengelak ia melekat-lekat di antara sesama sendiri.


Kuih onde-onde tahan lebih lama jika disimpan dalam peti sejuk. Ia sering untuk dihasilkan bagi jualan harian, dan juga mudah untuk dihasilkan untuk makan sendiri.Kuih onde-onde biasanya dihasilkan sebagai hidangan makan petang. Kuih onde-onde biasanya agak mudah untuk dihidangkan kerana ia tidak begitu melikit atau berkuah. Kuih onde-onde biasanya ada dihidangkan sebagai hidangan pejabat, contohnya semasa mesyuarat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAHABAT CYBER