Khamis, 7 Mei 2015

BENGKEL DAN SALAD BUAH

Bengkel Keibubapaan KEMAS Parlimen Parit bagi Dun Belanja telah diadakan pada 23.04.2015 (Selasa) di Dewan Orang Ramai Kg. Tua, Blanja Kiri. 


Perasmian program telah disempurnakan oleh ADUN Belanja iaitu, YB Dato' Drs. Mohd Nizar b. Hj. Zakaria. Turut hadir adalah Pn. Normalina bt Abdul Manap Pegawai KEMAS Daerah Perak Tengah, Hajah. Zaharah bt Hj. Ahmad Penyelia Kanan KEMAS Parit, Ketua Kampung, Pengerusi Jawatankuasa Aktiviti Tabika, Penyelia Pelbagai Jurusan, PM2, PPM, PPMS dan masyarakat setempat. 






Demostrasi membuat salad buah-buahan secara berkumpulan mengikut zon diadakan sebelum program dijalankan. Setiap kumpulan diwakili oleh Pemaju masyarakat Tabika, Pembantu Pemaju Masyarakat dan juga Pembantu Sukarela KEMAS. 







Bahan-bahan (10 orang)

10 biji epal hijau
10 biji mempelam
10 biji timun
10 biji kiwi
1 biji tembikai
1 kg anggur
1 biji buah betik
10 biji jambu batu
Mayonise atau Yogurt

Cara-cara

Potong dadu semua buah-buahan. Gaulkan potongan buah-buahan. Masukkan mayonise dan gaul. Bilangan sudu mayonise pun bergantung kepada kegemaran anda. Akhir sekali, taburlah sedikit kismis. Sejukkan di dlm peti ais sebelum dihidang...perghhhhh!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAHABAT CYBER