Khamis, 18 Jun 2015

KURSUS GABUNGAN TEKNOLOGI, MULTIMEDIA DAN KOMUNIKASI

Kursus Asas Komputer KEMAS Negeri Perak telah diadakan pada 15 hingga 17 Jun 2015 di IPD Pasir Puteh, Ipoh. Seramai 50 orang kakitangan yang terdiri daripada pelbagai jawatan dan jurusan dari seluruh negeri Perak hadir bagi mengikuti kursus pada kali ini. Tenaga pengajar adalah dari Star Deal (M) Sdn. Bhd. iaitu Cikgu Nazril, Cikgu Azlin, Cikgu Iskandar dan Cikgu Hasni.

Tenaga Pengajar : Cikgu Nazril, Cikgu Hasni dan Cikgu Azlin

Kursus telah dirasmikan oleh PP Unit Latihan dan Korporat, En. Syukri b. Ibrahim dan turut hadir Pegawai IPD, En. Anuar, Penyelia Kawasan Pn. Aminah serta Pn. Aini Mat Noor dan En Shafik dari KEMAS Negeri. Kursus ini adalah penggabungan di antara teknologi komputer, multimedia dan sistem telekomunikasi. Kursus ini juga mendedahkan kepada setiap peserta cara mengenali elemen-elemen atau komponen-komnponen utama yang membangunkan sesuatu periasian yang digunakan.









Diakhir sesi, setiap kumpulan telah membentangkan hasil pembelajaran selama 2 hari ini. Macam-macam kreativiti dapat dilihat dan ini menandakan kesemua peserta telah faham dan boleh menggunakan perisian yang diajar dengan baik sekali. Tahniah semua yang hadir dan berminat dengan Teknologi dan Multimedia.






 

Hasil edit gambar menggunakan perisian adobe photoshop CS3. Macam-macam boleh di manipulasikan jika kita kreatif, minat dan sukakan kerja-kerja yang memakan masa dan konsentrasi yang tajam serta fokus. Terima kasih Cikgu-cikgu...


Tenik bayang digunakan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAHABAT CYBER