Selasa, 30 Jun 2015

LAWATAN TAPAK BANGUNAN TABIKA KEMAS KG. TELUK KEPAYANG

30.06.2015, Satu lawatan kerja ke tapak pembinaan tabika KEMAS Kg. Teluk Kepayang telah dihadiri oleh Tn. Ahmad Kamal Idris b. Hj. Mohd Nawawi, Pengarah KEMAS Perak, En. Mohd Noor, Unit Aset, Pn. Salbiah Salleh, Penyelia PraSekolah dan Pengerusi Tabika. 





Pembinaan dan keperluan peralatan tabika masih dalam perbincangan. Moga dapatlah cekgu Paizah Pait mengajar di bangunan baru nanti kalau diizinkan, InsyaAllah....sama-samalah kita berdoa ye cekgu Paiazah Pait. Untuk makluman, Tabika KEMAS Kg. Teluk Kepayang adalah salah satu Tabika yang dilanda banjir pada tahun lepas dan banyak barang yang terpaksa dilupuskan kerana kerosakan teruk dan tidak boleh digunapakai lagi.






Perbincangan turut diadakan bersama Pengerusi Tabika KEMAS Kg. Telok Kepayang, merangkap Ketua Kampung Teluk Kepayang iaitu  En. Syed Hamzah dan beberapa orang AJK Tabika.





Diakhir sesi, Tn. Pengarah turut ke dapur bagi melihat menu anak-anak tabika untuk dibawa pulang nanti. Menu hari ini Mee Goreng.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAHABAT CYBER