Rabu, 24 Jun 2015

PERKESO BERSAMA KEMAS PERAK TENGAH

Hari Bersama Perkeso....23.06.2015 jam 2.30 petang di Dewan Orang Ramai, Perumahan Awam 3, Kampung Gajah.... Penceramah dari PERKESO Ipoh adalah Pn. Aida dan Pn. Laili. Pegawai KEMAS Daerah Perak Tengah Pn. Normalina bt Abdul Manap turut hadir. Penyelia Kanan Parit dan Pasir Salak turut hadir mendengar taklimat ini. 





Semoga semua mendapat pengetahuan dan pemahaman mengenai faedah2 apabila mencarum tabungan bersama Perkeso. Oleh itu, penting bagi memastikan kesedaran dan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dikalangan majikan dan pekerja..... tahniah semua PEKERJA yang hadir mendengar taklimat bersama PERKESO....






PIAGAM PELANGGAN PERKESO adalah : 

Membayar Faedah Hilang Upaya Sementara kepada pekerja yang terbencana dalam tempoh 7 hari selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan Iengkap diterima;

Membayar Faedah Hilang Upaya Kekal kepada pekerja yang terbencana dalam tempoh 14 hari selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan Iengkap diterima;

Membayar Faedah Orang Tanggungan kepada orang tanggungan dalam tempoh 14 hari selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan Iengkap diterima;

Membayar Faedah Pencen Ilat kepada pekerja yang Iayak dalam tempoh 14 hari selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan Iengkap diterima;

Membayar Faedah Pencen Penakat kepada orang tanggungan dalam tempoh 14 hari selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan Iengkap diterima;

Membayar Faedah Pengurusan Mayat kepada waris pekerja yang layak dalam tempoh 3 hari selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan Iengkap diterima;

Mendaftar majikan dan pekerja baru serta memberi nombor kod majikan PERKESO dalam tempoh 1 hari selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan Iengkap diterima; dan

Mengeluarkan surat akuan penerimaan aduan kepada pengadu dalam tempoh 3 hari dari tarikh aduan diterima.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAHABAT CYBER