Isnin, 13 Julai 2015

DUIT RAYA

Alhamdulillah........ Hari Raya dah semakin menghampiri. Berpusu-pusu orang nak menukar duit raya di bank...x kisah janji duit baru.... hihiihihihih padahal duit lama belambak. Sebab raya punya pasal beratur panjang pun sanggup, tambahan pulak nk mintak Sampul Raya yang dikeluarkan oleh pihak bank, free lagi...kan kan...


Tapi... Aku tak kisah sebenarnya, bukan nk simpan tapi nk bagi kat anak-anak sedara yang jauh dan dekat dan anak kawan2. Anak aku kalau orang tak bagi pun x apalah, yang penting hati ikhlas nak bagi dan yang paling penting nawaitu nak menziarahi sanak-saudara dan sahabat hadai.

Dulu masa aku kecik mana pernah merasa duit raya orang bagi banyak2.... stakat 10 ringit je kalau dikumpulkan walaupun banyak rumah pegi ikut beraya ngan mak and ayah. Bukan macam budak sekarang siap deman lagi, sepuluh ringgit je kak!!!!. huhhhh zaman berlalu perubahan pun banyak yg  berlaku, dulu dan sekarang

Zaman sekarang... budak-budak bertuah dan mewah. Tapi, ada jugak yang tak reti nak bersyukur dan mengambil kesempatan.

Ada sorang budak ni. Datang rumah mak aku nak beraya. Bukan kenal pun. Anak siapa entah. Disebabkan dah habis duit kertas RM1. Aku pun bagi la 50 sen...bukan sorang...5 orang tuh... Sekali...lepas bersalam dekat luar rumah budak tu mengata ngan kawan dia. 50 sen je!!!!.. huish, berapi telinga aku ndengonya.......mulut takde insuran sungguh budak2 nih, dah la nk datang rumah pun ambush..pastu dtg hantar wakil, lepas tu huh ketuk canang panggil geng, 50 sen pun 50 sen lahhhhh....dekat 15 orang datang dri tepi semak rumah mak aqu tuh......

Tulah dia... sekarang, jadi macam trend budak-budak datang rumah sekadar nak duit raya. Dapat duit terus balik. Singgah pulak rumah lain. Senangnya mereka nak kumpul duit raya.... tapi makbapak jangan lupa awasi anak-anak yer, maklumlah sekarang banyak sindeket yang nk menangkap budak2 nih...eiiiii seram ndengarnya!!....

Selamat Hari Raya.... Maaf Zahir dan Batin... berhati-hati dijalan raya!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAHABAT CYBER