Jumaat, 14 Ogos 2015

MAKSPEN XIII KEDAH 2015

KUBANG PASU 12 Ogos – Seba­nyak 15 agensi dan jabatan kerajaan menyertai Kejohanan Majlis Kebajikan dan Sukan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (MAKSPEN) Ke-13 yang berlangsung lima hari bermula Selasa di negeri ini.

Antara yang menyertai kejohanan tersebut ialah Majlis Ama­nah Rakyat (Mara), Lembaga Kemajuan Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra), Lembaga Kemajuan Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (Salcra), Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).


Majlis perasmian pembukaan kejohanan yang mempertandingkan sebanyak 94 pingat tersebut disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir di Stadium Universiti Utara Malaysia (UUM) malam tadi.

Mukhriz dalam ucapannya berharap agar semua peserta yang bertanding dalam kejohanan ter­sebut dapat berjuang dalam semangat kesukanan dan disiplin yang tinggi.

Kontingen Pasukan KEMAS
“Sesungguhnya MAKSPEN ini bukan sahaja menjadi platform untuk bersukan bagi melahirkan warga yang sihat, cergas dan produktif, malah dapat memupuk semangat kerjasama dan sema­ngat berpasukan yang tinggi dalam se­sebuah organisasi,” katanya.

Yang hadir sama Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW), Datuk Alexander Nata Linggi dan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Ibrahim Muhamad.

Pasukan Footsal Veteren KEMAS
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) diberi tanggungjawab menjadi tuan rumah kejohanan sukan dwi tahunan tersebut. Lebih daripada 2,000 atlet bertanding dalam 19 acara pada kejohanan tersebut.

TEAM Bola KEMAS Perak


Pada masa sama Mukhriz berharap semua atlet akan berasa selesa dan tenteram sepanjang berada di negeri ini di sepanjang kejohanan tersebut berlangsung.

En Anuar Shafie mewakili BOWLING Tenpin terpilih untuk acara Master... selamat berjuang
KEMAS Pulun... KEMAS Balun

“Temasya sukan ini bertepatan dengan usaha kerajaan negeri yang dalam persiapan bagi menyam­but Tahun Melawat Kedah, Discover Kedah pada tahun hadapan.

“Sesungguhnya Sukan MAKSPEN ini merupakan Sukan Kedua yang terbesar dianjurkan di Kedah selepas Sukan Malaysia (SUKMA),” katanya.



Dalam pada itu, beliau berkata, peluang bersukan dan berjumpa dengan rakan-rakan agensi seharusnya dimanfaatkan untuk mengeratkan lagi semangat perpaduan, kekitaan dan kekeluargaan khususnya dalam kalangan warga KKLW.




sumber : AkhbarUtusan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAHABAT CYBER