Khamis, 6 Ogos 2015

RESIPI NASI DAN MEE...YUM YUM

Perkongsian bersama untuk pelbagai jenis resipi yang terdapat di dalam internet...mmmmmm semuanya berjaya nampaknya...jom kita cuba..antaranya..


NASI HUJAN PANAS

3 sudu besar minyak sapi
1 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
3cm halia* hiris halus
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
sedikit kayu manis
sedikit buah gajus
sedikit kismis

3 cawan beras basmathi(cuci bersih)
1/2 cawan susu segar/ susu cair
4 cawan air (bergantung pada beras juga.. kalau beras jenis lembik..kurangkan air)
2 sudu besar orange sunquick (baca nota)
sedikit garam

Cara2 membuatnya:

1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk nasi di atas dapur...
2. Tumis bawang putih +besar + halia...
3. Masukkan rempah2 tadi... bunga cengkih+bunga lawang+ buah pelaga + kulit kayu manis
4. Bila dah garing,masukkan gajus + kismis .. bubuh garam secukup rasa
5. Masukkan oren sunquick.
6. Kemudian masukkan susu + air. Kacau rata.
7.Bila dah mendidih, masukkan beras...
8. Angkat periuk nasi dan masak atas periuk elektrik seperti biasa... gaul2 tau beberapa min. sebab nak pastikan nasi masak sekata...
9. Bila dah hampir kering, titiskan pewarna kesukaan anda..


NASI AYAM BANGKOK

Bahan2 : Ayam (seekor)-potong ikut suka
Beras 3 1/2 tin susu, garam, gula, 5 sudu besar minyak utk menumis
(lihat cara memasak nasi dibawah)

BAHAN TUMBUK : (UNTUK BUAT PASTE NASI AYAM)- masak dalam periuk lain

1 biji buah pala (ketuk amik isi saja)
1/2 inci halia, 1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh jintan putih, 2 sudu teh jintan manis
8 biji bunga cengkih
1 biji buah pelaga
4-5 biji bwg merah
2 ulas bwg putih
1 inci kulit kayu manis
3 kelopak bunga lawang

CARA BUAT PASTE NASI :
Panaskan minyak, masuk bahan tumbuk tadi. Bila pecah minyak, masukan air, biar hingga mendidih. Jangan terlalu cair atau pekat.

CARA MASAK NASI :
Masukkan paste nasi, ketulan ayam, garam serta gula dlm periuk berisi beras, jerang hingga masak.
(satukan semua bahan-bahan ini dalam rice cooker dan masak seperti biasa. caranya seperti memasak nasi arab, ayam dimasukkan bersama-sama beras. Ayam lebih lembut dan sebati dgn nasi)

UNTUK SAMBALNYA :BAHAN-BAHANNYA :
20 biji cili padi
2 biji cili merah
Seulas bwg putih
1 1/2 biji air asam limau nipis
2 camca besar air

CARA-CARANYA :
tumbuk cili padi, cili merah dan bwg putih. Kemudian masukkan air asam limau, garam, gula serta air. Gaul sebati. (klu malas blend aje..)

ACAR KOBIS :
BAHAN-BAHANNYA :
Bwg besar sebelah-potong nipis, kobis sejurai- potong panjang, cili merah-potong serong, daun bawang-potong anggaran satu inci, gula, garam, cuka dan air

CARA-CARANYA :
Gaul bwg besar, kobis,cili merah dan daun bawang.
Bancuh gula, garam, cuka dan air.
Gaul bersama bahan diatas ( acar ni tidak dimasak cuma gaulkan aje...)

UNTUK ULAMAN:
timun dan salad...* Ayam boleh diganti dengan daging. Cukup untuk 4-6 orang makan.


NASI KERABU

Bahan-bahan ( 4-5 orang makan )
3-4 pot beras
1/2 biji kelapa parut
2 ekor ikan kembong (rebus)
5 ulas bawang merah
1/3 keping gula melaka
sedikit lada hitam
1 inci halia
daun kesom
kacang panjang
kubis
taugeh
cili padi
1 biji limau nipis
cuka
budu
1 sudu besar gula

Cara-cara :

Basuh beras dan masak seperti biasa. Kalau suka, boleh tambahkan sedikit pewarna. (Biasanya nasi kerabu berwarna biru @ kuning).
Untuk sambal kelapa : Tumbuk bawang merah dan halia sehingga lumat, masukkan lada hitam, tumbuk lagi dan masukkan gula melaka dan gula. Seterusnya masukkan ikan yang telah direbus dan dibuang tulang. Tumbuk sehingga lumat dan sebati semua bahan2 tadi. Ketepikan
Goreng kelapa parut sehingga agak keperang-peranggan. setelah itu, masukkan ke dalam mangkuk dan campurkan bahan2 yang ditumbuk tadi. Gaul sehingga semua bahan sebati dengan kelapa goreng.
Untuk kerabu: Potong kacang panjang, daun kesom dan kubis. Gaulkan sekali dengan taugeh.
Untuk Sambal cili: Tumbuk cili bersama sedikit gula dan garam. Perahkan limau nipis dan masukkan sedikit cuka.
Akhir sekali, hidangkan nasi kedalam pinggan, letakkan sambal kelapa, kerabu, sambal cili dan budu. Untuk lebih sedap, makan bersama daging panggang, telur masin dan keropok.


NASI LEMAK


Bahan2:
2 cawan beras
2 1/2 cawan santan
garam
kayu manis
bunga lawang
halia.
campur semua bahan dalam periuk.tanak sampai masak

resepi sambal tumis petai
10tangkai cili kering (potong pendek2 dan rebus)
1 labu bawang besar belah 4.
1/2 inci belacan
1 sudu minyak masak
campur semua bahan dan bland sampai hancur

1/2 senduk minyak (utk tumis)
bawang merah dan bawang putih racik/tumbuk (utk tumis)
2 keping asam keping (jus asam jawa pun boleh)
petai 5-10 keping (ambil isi)..kalau nak guna kulit pun bleh kalau petai muda..hiris nipis2
ikan bilis 1 genggam
1 labu bawang besar hiris nipis bulat2
garam dan gula secukup rasa

panaskan minya..tumis bawang sampai naik kekuningan..masukkan bahan yg dibland..tumis sampai naik bau/pecah minyak..biar betul2 masak.masukkan asam keping/jus asam jawa..masukkan petai dan ikan bilis.tambahkan garam dan gula..last skali masukkan bawang besar yg dihiris bulat2..
*kalau nak lagi sedap dan berlemak masuukkan 1 senduk pati santan pekat akhir sekali..biarkan seketika sebelum padamkan api. 


NASI PLANTA &  AYAM PANGGANG BBQ


Beras 6 pot+air 6pot gak(klu nk ns lembut lg tmbah 1 pot air lg)
2bj bwg merah +2ulas bwg putih yg ditumbuk halus
1 sdb planta dipanaskan,tumis bwg2 dan goreng sehingga naik bau,masukkan sehelai daun pandan yg disimpulkan,masukkan air,garam 1sdk dan sedikit pewarna kuning egg yellow..,,Apabila siap curahkan ke dlm beras yg telah siap dicuci dan boleh la dimasukkan ke dlm rice cooker.

Ayam Panggang Bbq
Sediakan ayam yg dipotong besar spt 1/4 ayam dada ayam, dan 1/4 bahagian peha ayam diperap dgn serbuk kunyit,garam,2sdb besar gula,1sdb lada hitam,2sdb kicap pekat,1sdb sos tiram, 2ulas bwg puith 2inci ,halia dan 2 batang serai yg diblender dgn sedikit air..Apabila siap diperap sebentar boleh la dibakar di dlm oven dgn suhu 180c selama 1jam dgn menggunakan api atas bwh..Bakar lah sehingga masak.

Bt sos lada
1.Tumis bwg putih2 ulas,bwg besar 1 bj dan halia 1/2 inci diblender halus dgn sedikit minyak
2.masukkan 11/2senduk cili boh,,goreng sampai cili masak.
3.masukkan air semangkuk yg dikehendaki,,klu byk air cair laa kuah sosnya,,klu air sikit pekat laa sosnya,,terpulang..
4.masukkan garam,gula dan sedikit cuka,,sekatakan rasa,,klu ada org yg x mkn cuka boleh laa diletak sekeping asam keping..ms nk serve keluarkan assam keping tersebut..
Bt,sup mcm biasa jerr,,jgn lupa serbuk ayam knorr sedap bt sup.


NASI TOMATO


Bahan-bahan:
1. 3 cawan beras - saya gunakan beras biasa je
2. 2 sudu besar mentega
3. 1 sudu besar minyak sapi
4. 1 biji bawang besar - dihiris
5. 1 batang kayu manis
6. 1 bunga lawang
7. 2 buah pelaga
8. 3 bunga cengkih
9. 4 cawan air
10. 6 sudu besar sos tomato
11. 3 sudu teh garam

Cara Memasak:
1. Basuh beras dan toskan.
2. Di dalam kuali, panaskan mentega dan minyak sapi sehingga cair. Kemudian masukkan bawang besar, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih. Kacau seketika dan tutup api.
3. Masukkan beras ke dalam periuk nasi. Tambahkan bahan yang digoreng tadi.
4. Kemudian masukkan air, sos tomato dan garam. Gaul sehingga sos rata dan masak nasi seperti biasa.


NASI TOMATO 2

Bahan-Bahan :
1. Beras Basmathi 1/2 Kg
2. Minyak sapi 2 sudu
3. Bawang besar 2 biji
4. Bawang putih 2 biji
5. Kayu manis & rempah tumis
6. Daun pandan
7. Tomato 2 biji
8. Tomato puri 2 sudu
9. Serbuk perasa
10. Susu cair 1/4 tin (100 ml)

Cara memasak :
1. Hiris bawang besar & bawang putih. Tumiskan dengan minyak sapi.
2. Masukkan kayu manis & rempah tumis hingga naik bau.Tambah sedikit minyak masak jika perlu.
3. Masukkan tomato yg sudah diblender & tomato puri. Tambah garam & rasa
4. Basuh beras basmathi. Sukatan air dan beras ialah 1:1 (tidak termasuk minyak & susu cair)
5. Masukkan bahan yg telah ditumis kedalam periuk nasi.
6. Tambahkan susu cair kira-kira 1 suku tin (100ml), serbuk perasa (kuib ayam),
7. garam secukup rasa (gula sedikit jika mahu). Daun pandan untuk aroma.
8. Apabila nasi telah tanak, masukkan kacang pis dalam tin dah gaulkan. Boleh jugak ditabur pada nasi yg sedia dihidang.


NASI GORENG BELACAN 


Bahan2:
2 mangkuk nasi ~ seeloknya nasi yg dah sejuk dan kemudian dileraikan
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1 labu bawang besar
1/4 cawan udang kering ~ direndam 
5 - 7 bj cili padi ~ boleh tambah jika suka lebih pedas
belacan ~ lebih kurang 2 sudu besar 
2 sudu besar sos ikan
1 biji telur ~ dikocok
kobis secukupnya ~ dihiris
garam
sedikit gula
minyak

Cara:
Bawang besar, udang kering, cili padi dan belacan dikisar/tumbuk kasar.
Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih hingga wangi.
Masukkan bahan kisar dan goreng sehingga garing.
Masukkan sos ikan, kobis, garam dan gula (jika suka). Kacau.
Ketepikan bahan2 tadi ditepi kuali dan masukkan telur.
Biarkan telur masak sedikit kemudian dikacau bersama bahan2 lain tadi.
Masukkan nasi dah kacau hingga rata. Biarkan masak sekejap kemudian barulah dipadamkan api.
Angkat dan hidangkan bersama hirisan bawang goreng dan bahan2 tambahan seperti ayam goreng ataupun keropok ikan.


NASI DAGING UTARA


Bahan:
1 kg. daging....potong sebesar 4 inci dan rebus dgn halia sehingga lembut
6 cawan Beras biasa/ beras basthmati....basuh bersih dan toskan
8 cawan air rebusan daging
1 cawan susu cair
3 sudu besar minyak sapi
1 tin tomato sup [500 gm tomato cincangkan]
3 susu besar rempah kurma dibancuh dgn sedikit air
2 sudu besar kismis
3 helai daun pandan ..disimpulkan
garam & gula secukup rasa

Bahan tumis
2 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum buag pelaga
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih [mayang halus atau tumbuk
1 inci halia ]

Cara memasak:
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker di atas api yang kecil
2. Tumiskan bahan tumis dan dimayangkan.
3. Masukkan rempah yang dibancuh dgn sedikit air..biarkan wangi.
4. Masukkan air rebusan daging, tomato sup , susu cair dan daging...biarkan mendidih.
5. Masukkan daun pandan, garam , gula , beras dan kismis
6. Pindahkan periuk Rice Cooker dan biarkan nasi masak saperti biasa.

Bahan- Bahan Air Asam
4 biji tomato ( size sederhana)
10 cili padi
10 cili besar
2 biji bawang besar
2 inci belacan
1 sudu sos temato
1 sudu susu pekat
sedikit garam

CARANYA
1. Hiris halus bawang besar, tomato dan cili besar. 
2. Tumbuk cili padi , cili besar dan belacan ( macam nak buat sambal belacan )
3. Masukkan bawang besar, tomata dan cili besar yang telah dihiris tadi ke dalam besan. 
4. Tumbuk bahan-bahan tadi sehingga menjadi separa lebam.
5. Kemudian, masuk sambal belacan dan gaulkan bersama-sama bahan yang ditumbuk.
6. Masukkan sos tomata , susu pekat dan juga garam secukup rasa.
7. Gaulkan sehingga sebati. Siap untuk dihidangkan bersama nasi daging


RESEPI AYAM PERCIK ROASTER


1 ekor ayam - saya potong 4 ...
2 biji bawang besar (sederhana besar)*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia *
1 inci lengkuas*
sedikit kunyit (terpulang nak kunyit hdup atau kunyit debu)*
2 sudu besar lada kisar *
3 batang serai *
garam
Ajinomoto (optional)
sedikit gula
sedikit air asam jawa
1 1/2 -2 cawan santan pekat 
dan air jika perlu
4 sudu minyak

caranya
- kisar bahan bertanda hingga lumat... tambah sedikit air masa kisar tu ye..supaya semua bahan2 ni dpt dikisar..
-ambil sedikit bahan kisar masukkan dlm ayam utk diperap dlm 2 jam tambah sikit garam dan gula utk perapan ayam tu..biar ia serap dlm ayam
- Panaskan minyak masak dlm periuk/pan ..masukkan lebihan bahan kisar ...tumis sehingga ia pecah minyak.... biar lama tak apa lg sedap...kacau2 ye
- kemudian masukkan santan pekat sebatikan dan masukkan ayam yang diperap tadi..tutup periuk masak biar ayam empuk dan santan sedikit kering..(jika lihat ayam belum sepenuhnya masak tp kuah dah kering masukkan sikit air ye)
- isi garam dan sedikit gula..(percik ni takla manis ye ...boleh rasa sikit ikut citarasa anda) dan isi sikit je air asam jawa..jgn masam sangat tak sedap..
- agak2 ayam dah masak bahagian dlmnya..angkat ayam tu dan bakar ayam tadi sekejap..curah kuah percik sikit atas ayam masa bakarnya.. (saya bakar dlm oven) 
- bakar ayam hingga permukaan ayam berkilat - tak yah lama sangat sb ayam pun dah masak
-siap...

Lada sambal

5 batang lada merah*
1@2 cili api*
2 biji tomato merah*
2 ulas bawang putih*
gula, 
sedikit cuka
garam

blend sehingga lumat...masak bahan2 ni (selalunya lada sambal nasi ayam saya masak takut anak2 sakit perut) tambah garam, gula dan sedikit je cuka...

kicap
1 ulas bawang putih
kicap
bancuhan tepung jagung 1 sudu + air
1 sudu minyak masak

panaskan minyak masak..tumis bawang putih yang diketuk...kemudian masukkan kicap dan masukan bancuhan tepung jagung tadi..kuah ni tak pekat sangat ye.. dan tak cair sangat....


KUEY TIOW KUNGFU


Bahan A
400 gm kuey teow 
5 biji telur [ dipukul]

Bahan B
100 gm udang basah [buangkan kulit]
150 gm ayam [dihiris]
1 biji panjang fish cake [potong nipis]
3 ulas bawang putih [dicincang]
100 gm brokoli [dipotong]
100 gm bunga kobis [dipotong]
100 gm Lobak merah [potong kecil dan panjang]
5 tangkai baby corn
2 sudu besar minyak masak
2 s/b tepung jagung ] 
1 cawan air ] bancuhkan
1 cawan air rebusan ayam
2 s/b sos tiram
1 s/b lada sulah 
garam
minyak

Cara Penyediaan
1. Panaskan minyak dan goreng kuey tiow yang telah digaul bersama telur dalam kuantiti sikit [satu portion untuk 1 pinggan] hingga agak garing. Ketepikan. 
2. Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan ayam, udang dan fish cake.
3. Masukkan air rebusan ayam bersama lada sulah, sos tiram, baby corn dan lobak merah.
4. Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.
5. Campurkan brokoli dan bunga kobis. Tutup api dan kacau.
6. Tuang kuah ke atas kuey tiow dan hidangkan. Sedap dimakan panas-panas


MI HOKKIEN

Bahan-bahan:
2 sudu besar Minyak masak 
1 sudu besar Bawang putih cincang 
200g Kubis, dipotong 1 cm 
1 sudu besar Perencah pati Ayam 
3 cawan Air 
500g Mi Kuning 
Sedikit Bawang goreng 
1 sudu teh Tepung jagung, digaul dengan 1 sudu besar air

Bahan-bahan A: 
100g Udang, dibersih dan dikupas kulit 
100g Sotong, dibersih dan dipotong gelang 
100g Filet ayam, dihiris 
1 keping Kek ikan, dihiris

Bahan-bahan B (perencah): 
1 sudu besar Kicap pekat 
½ sudu teh Serbuk Lada Putih.
1 sudu teh Garam
Hidang bersama: Sambal belacan

Cara Menyediakan: 
(1) Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan air dan perencah pati ayam biar mereneh.
(2) Tambah masuk kubis dan mi kuning. Kacau sebati & reneh selama beberapa minit.
(3) Masukkan bahan-bahan (A) bersama dengan bahan-bahan (B). Bubuh air tepung jagung.
(4) Hias dengan bawang goreng dan hidang panas dengan sambal belacan.


MEE BANDUNG

Bahan-bahan:
500g Mee kuning dicelur 
200g Tulang lembu/ayam direbus (untuk jadikan stok) 
100g Udang hidup/Sotong 
100g Sawi 
7 cawan Air 
½ cawan Sos tomato 
2 biji Telur 
1 sudu besar Perencah pati ayam 
Secukup Garam 
Secukup Gula 
Secukup Minyak untuk menumis

X: dikisar halus
½ cawan Udang kering 
20 tangkai Cili kering 
10 ulas Bawang merah 
3 ulas Bawang putih 
3 sudu besar Kacang goreng, dikisar 
2 batang Serai, dititik 
1 biji Keledek, direbus dan dikisar

Cara Menyediakan:

(1) Panaskan minyak, tumis (X) hingga wangi kecuali keledek.
(2) Masukkan air rebusan daging, udang dan biarkan mendidih.
(3) Tambahkan sos tomato, perencah pati ayam, garam dan gula serta keledek.
(4) Biarkan mendidih baru masukkan sawi dan telur.
(5) Hidangkan dengan mee kuning, hirisan cili merah, bawang goreng dan limau nipis.


KUEY TIOW LADNA

Bahan-bahan : -
• Sebungkus kuey teow -basuh, toskan kemudian perap dengan kicap manis sebentar.Kemudian di goreng tanpa minyak .
• 15 ekor udang
• Isi ayam
• Daging
• 4 ulas bawang putih - di tumbuk
• 3 sudu makan sos tiram
• 2 sudu makan sos ikan
• 1 kiub pati ayam
• 5 biji cili api - ditumbuk
• sedikit lada hitam / putih - di tumbuk
• 1 biji Lobak Merah - dihiris
• seikat sawi - dipotong
• sedikit tepung jagung yg dibancuh dgn sedikit air utk memekatkn kuah
• Bawang goreng dan daun sup untuk hiasa.
Cara-cara
1. panaskan minyak. masukkan bawang putih dan goreng sehingga kekuningan dan naik bau..Kemudian masukkan ayam dan daging yg dipotong kecil.
2. Bila ayam & daging dah masak, masukkan sos tiram dan sos ikan... goreng seketika. Kemudian masukkan air.
3. masukkan kiub ayam dn biarkan mendidih seketika..kemudian masukan lobak merah terlebih dahulu.
4. masukkan udang, cili padi, sawi, lada hitam/putih tumbuk dan garam.
5. masukkan tepung jagung yg dibancuh dgn air utk memekatkan kuah.
6. setelah kuah masak bolehlah dihidang bersama kueh teow panas-panas
7. taburkan bawang goreng, daun sup dan limau nipis...


KUEY TIOW KANTONIS


• Bahan-bahan : -

1 pkt Kuey Tiow ( dicelur )
isi ayam,udang dan sotong ( terpulang nak banyak mana )
2 keping fish cake dipotong nipis
1/2 biji lobak merah dibelah dua dan ptg menyerong
2 tangkai sawi ( dipotong )
sedikit kobis ( dihiris halus )
3 biji telur dipukul
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar tpg jagung dibancuh dgn skit air
1/2 sudu teh minyak bijan
2 ulas bawang putih dicincang
1500ml air
1 sudu teh lada sulah

• Cara Penyediaannya : -

1. Tumis bawang putih sampai garing.masukan air sebanyak 1500ml.
2. Masukan lobak merah,isi ayam,udang,sotong dan fish cake.biarkan sampai melegak.
3. bila dah melegak masukkan sos tiram,lada sulah,tpg jagung dan telur.
4. kacau perlahan-lahan supaya telur dan tpg tidak berketul-ketul.
5. masukan sayur sawi,kobis,minyak bijan,garam dan gula secukup rasa.
6. Letakkan kuey tiow atas pinggan dan curahkan kuahnya.


RESEPI BEGEDIL KENTANG MUDAH

Bahan-bahannya :
● Kentang - kupas dan potong dadu
● Bawang goreng
● Daun sup / daun bawang
● Lada putih
● Garam
● Kentang
● Telur ayam
● Minyak masak

Cara-caranya :
1. Panaskan minyak dan goreng kentang sehigga lembut dan keperangan.
2. Toskan minyak daripada kentang.
3. Tumbuk kentang sehigga lumat.
4. Masukkan garam dan lada putih secukup rasa.
5. Masukkan daun sup atau daun bawang dan bawang goreng. Teruskan tumbuk dan gaul rata.
6. Bentukkan bergedil menjadi bulat tp sedikit leper supaya cepat masak bila digoreng.
7. Pecahkan & kacau telur. Kemudian rendam bergedil ke dalam telur.
8. Goreng bergedil dlm minyak panas sehingga keperangan.


RESEPI MEE JAWA 


Bahan utk kuah:
1/2 kg keledek - direbus dan dikisar 
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3 btg serai*
Sedikit halia*
Sedikit lengkuas*
100 gm udang kering* (Semua bahan*dikisar)
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar serbuk kari daging
Air rebusan daging secukupnya
Garam dan gula secukupnya

Cara Membuatnya:
=================

Panaskan minyak kedalam periuk.
Tumis semua bahan yang dikisar hingga wangi.
Masukkan cili kisar dan serbuk kari dan kacau hingga naik minyak.
Masukkan air rebusan daging dan keledek yang dikisar.
Masukkan garam dan gula secukupnya.
Sedia dihidang.
Bahan2 yang lain:
1 kg mee kuning - dicelur
1/2 kg daging yg telah direbus dan dihiris
1 bungkus fishcake - di celur dan dihiris nipis ( saya tambah) 
300 gm taugeh - dicelur
3 keping tauhu - dihiris nipis 
Daun sup & daun bawang
Bawang goreng
Cili hijau / cili merah - dihiris
Telur rebus


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAHABAT CYBER