Isnin, 5 Oktober 2015

KARNIVAL KERJAYA DAN KEMAHIRAN 2015

MyRezeki Fest adalah program yang menawarkan peluang pekerjaan kepada belia dan beliawanis yang mencari pekerjaan dan sebanyak 3000 jawatan kosong ditawarkan sepanjang program ini berlangsung. Disamping itu juga turut diadakan Mini Karnival Kemahiran, pelbagai aktiviti kemahiran yang ada didalam KEMAS di pertunjukkan kepada masyarakat antaranya Demonstrasi Dandanan Diri (Manicure & Pedicure) Demonstrasi Sulaman Benang Emas, Rekaan Baju Kanak-kanak, Baju Pengantin, Dress, Jubah serta banyak lagi hasil dari kreativiti Bahagian Pembangunan Kemahiran dan Komuniti (BPKK) KEMAS Negeri Perak.


Program telah diadakan pada 3.10.2015 di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar dan telah dirasmikan oleh YB. Maslin Sham b. Razman, ADUN Bukit Chandan, turut hadir Tn. Ahmad Kamal Idris bin Mohd Nawawi, Pengarah KEMAS Negeri Perak. Program adalah anjuran KEMAS Negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja Negeri Perak dan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar.


Pelbagai aktviti diadakan antaranya Pertandingan Power Chef, Pertandingan Magic Touch, Pertandingan Andaman Pengantin, Pertandingan Jemari Emas, Pertunjukkan Fesyen, Peragaan Pakaian, Pertandingan Buku Skrap, Pertandingan Multimedia serta Mini Karnival Usahawan. Pertandingan bolasepak 9 sebelah juga turut diadakan bagi menarik belia-belia yang aktif bermain bola sepak menyertainya dan sebanyak 16 team bolasepak telah berdaftar. Tahniah diucapkan KEMAS Perak FC yang telah memenangi perlawanan semalam!! chaiyuk!! chaiyuk!!.....




Sebanyak 35 buah agensi syarikat-syarikat swasta telah mengambil bahagian dalam menyediakan peluang-peluang Pekerjaan, Pendidikan, Latihan dan Pembiayaan Keusahawanan. Pengunjung yang berminat hanya membawa resume dan segala sijil-sijil akademik untuk sesi temuduga yang dijalankan pada hari yang sama.


Agensi-agensi yang terlibat di dalam My Rezeki Fest pada kali ini adalah seperti Job Malaysia, Pusat Kerjaya Amanjaya (PeKa), Animation Theme Park, Azam Achievers, Murata Electronic, Imperial Garment, Trendcell, Hume Cement, Padini Holding, McDonald's, Fisinar Malaysia, ExcelVite, Yamaha Electronic, Hovid, Ganetha Super Photos, Nando' Chickenland, MH Sentral Hotel, 7'eleven, El-Fresco Marketing, Micro Quantech, KL Airpots Services, Safeguards G4S, Pejabat MARA Kuala Kangsar, Tekun Nasional, Kolej Komuniti Chenderoh, Pusat Giat MARA, Bank Rakyat, Amanah Ikhtiar Malaysia, Open Universiti, UNIKL, SPR, SME Corporation, Malaysia Automative Institute, Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan dan Stradford International College.

Program ini telah berjaya menarik hampir 6,000 pengunjung yang terdiri daripada belia dan beliawanis serta masyarakat setempat dari dalam dan luar Kuala Kangsar. Ramai juga yang membawa keluarga untuk merasai sendiri kemeriahan aktiviti ini.....


Terima kasih kepada semua pengujung yang hadir dan kepada peniaga-peniaga yang turut mengadakan jualan langsung sepanjang karnival My Rezaki Fest ini, kepada yang memenangi cabutan nombor bertuah, sesungguhnya anda memang bertuah....




tahniah semua dan kita jumpa lagi di tahun hadapan!!!!

‪#‎myrezekifest‬2015@asady

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAHABAT CYBER