Khamis, 5 November 2015

ACAR BUAH KELAS PKK KG. SADANG

Kelas PKK Kg. Sadang - Demo memasak Acar Buah...... sesuai untuk menaikkan selera semasa makan...perghhhhh....Enak dimakan bersama macam2 jenis nasi panas..acar buah yang tidak menggunakan cuka tapi tetap tahan lama dan satu kelainan, ada campuran kerisek di dalamnya. Terima kasih cikgu yang mengajar masak Pn. Ramalah Jidi.




Bahan-bahan :

(A) 
Cili kisar
10 tangkai cili kering,direndam air panas
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit halia
- Semua bahan dikisar hingga halus

(B) 
500 gm buah-buahan jeruk (khas buat acar buah)
1/2 cawan minyak masak
1/3 cawan gula
3 sudu makan cuka
2 sudu besar serbuk kari
1/3 cawan puri tomato
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
garam secukupnya
1/4 cawan bijan, telah digoreng kering

Cara Membuatnya :

1. Panaskan minyak dan masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang. Tumis hingga naik bau wangi.
2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing dan pecah minyak.
3. Masukkan puri tomato, serbuk kari, cuka, gula dan garam.Tumis lagi hingga masak.
4. Masukkan buah-buahan jeruk yang telah dibasuh dan bijan.Gaul sebati dan masak sebentar.
5. Angkat dan sejukkan.

Basuh buah jeruk untuk menghilangkan asid yang berlebihan.Untuk tahan lama, simpan dalam peti sejuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAHABAT CYBER