Isnin, 23 November 2015

BENGKEL MENGEMASKINI BULETIN KEMAS PERAK

Alhamdulilah, tahun 2015 bakal berakhir sikit masa lagi, jadi dikesempatan ini KEMAS Negeri telah membuat satu bengkel di Pusat Kegiatan Masyarakat, Gopeng pada 18.11.2015 (Rabu). Seramai 28 orang wartawan kawasan hadir bagi mengemaskini berita kawasan masing-masing untuk di muatkan di dalam keluaran khas Buletin KEMAS Perak bagi sepanjang tahun 2015.


Bengkel Mengemaskini Buletin KEMAS Perak keluaran khas. Taklimat disampaikan oleh En. Norazli b Zainuddin, Penyelia Kanan Negeri dan En. Ahmad Sofian b Yahya, Penyelia Khas Negeri.





Terima kasih kepada semua wartawan yang hadir kerana memberikan kerjasama dan komitmen sehingga pukul 5.00 petang. Diharapkan pelbagai aktiviti yang diadakan di kawasan masing-masing dapat di catatkan di dalam keluaran khas. Bolehlah ianya menjadi buku kenangan sepanjang tahun dengan kepelbagaian aktiviti yang dilaksanakan bersama-sama masyarakat.



Team media berakhir bengkel dengan mengadakan aktiviti riadah bersama-sama. Aktiviti yang dilakukan adalah Latihan Memanah yang diadakan di Medan Kidd bersebelahan Mee Kari Mat Jasak....... sebelum acara dimulakan kita makan mee dulu, mmmm ternyata sungguh sedap seperti yg diperkatakan orang!!......



Memandangkan aktiviti yg dijalankan jauh sedikit dari Gopeng, makan tak ramai ahli yang dapat berkumpul, maklumlah semuanya dari kawasan yang jauh-jauh dan masa amat mencemburui.... seramai 6 orang ahli team media dapat hadir untuk aktiviti memanah ini, bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM5.00 untuk 10 busar/anak panah yg diberikan. 



Akhir kata terima kasih kepada Lead Team Media Negeri, Ahmad Sofian Yahya yang banyak memberikan tunjuk ajar dan latihan kepada wartawan-wartawan kawasan untuk menjadi seorang wartawan yang berkemahiran dan menepati ciri-ciri seorang wartawan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAHABAT CYBER