Selasa, 17 November 2015

LAWATAN PENDIDIKAN KEBUN SAYUR AKKSI

Aktiviti kanak-kanak Tabika KEMAS di Kebun Sayur Akademi Kemahiran KEMAS Seri Iskandar (AKKSI) pada 17.11.2015. Antara Tabika yang hadir adalah Tabika KEMAS Gelung Pepuyu, Taman Indera Barat, Serapoh, Teluk Kepayang dan Kg. Selat.




Aktiviti yang dijalankan adalah Lawatan pendidikan ke Kebun Sayur Akademi KEMAS. Kehadiran kanak-kanak adalah seramai 52 orang dan Pemaju Masyarakat adalah seramai 5 orang. Di sini kanak-kanak telah dikenalkan nama-nama pokok dan mereka diberi kesempatan untuk meletak tanda nama kepada pokok-poko tersebut sebagai simbolik, mungkin bila usia mereka mencecah 30 tahun nanti pokok tersebut akan menghasilkan buahnya...insyaAllah...




Terima kasih kepada Pengetua AKKSI, Pn. Norizan bt Muda dan pelatih2 yang memberi layanan mesra kepada adik-adik, tambahan pula dapat hadiah dari AKKSI sebagai penghargaan buat anak-anak....alhamdulillah sehingga kita berjumpa lagi yer...moga kebun sayur ini membuahkan hasil satu hari nanti..insyAllah....





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAHABAT CYBER