Isnin, 23 November 2015

KONVOKESYEN DAN PENYAMPAIAN SIJIL PENDIDIKAN KEMAHIRAN TAHUN 2015

21.11.2015 DOR Kg. Tua Belanja Kiri - Majlis selesai.... terima kasih kepada semua Unit Pendidikan Kemahiran yang terdiri daripada Kelas Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK), Kelas Komputer (PLK) dan Kelas Jahitan (PKJ). Terima kasih juga kepada PM Tabika KEMAS Jalan Kelab, Parit, Cik Norhayati Kamaruddin dan AJK2 nya kerana menjayakan Kolaborasi Kerjasama TBK/PKEM untuk Majlis Konvokesyen dan Penyampaian Sijil Jawatankuasa Aktiviti Pendidikan Kemahiran (PKem) bagi tahun 2015.



Antara PM nya adalah Pn. Aini Retena Ahmad Rahim, Pn. Ramalah Jidi, Pn. Junaidah Mohd Yusof (Unit PKK), Pn. Meriam Ismail (Unit PKJ) dan Pn. Nurul Ain Ghazali (Unit PLK), Penyelia PPS Pn. Salbiah, PT Pn. Maihafzan, PM Khas Pn. Jamaiyah dan Ustazah Norashida yg turut hadir. 





21.11.2015 DOR Kg. Tuan Belanja Kiri - Majlis Penyampaian Sijil Unit Pendidikan Kemahiran KEMAS Parlimen Parit 2015. Antara aktiviti yang diadakan adalah....


1. Pertandingan yang diadakan adalah Peragaan Pakaian 1 Malaysia. Seramai 12 orang peserta yang terdiri dari peserta Kelas PKK dan Kelas Jahitan KEMAS. Tahniah kepada pemenang yang berjaya, pelbagai peragaan pakaian yang dapat dilihat antaranya Bollywood, Kebaya, Jubah dan sebagainya. memang sempoi dan berbakat semuanya boleh catwalk dan berani naik pentas peragaan.... ‪#‎wanitadanfesyentidakdapatdipisahkan‬. Hadir merasmikan majlis adalah Pengerusi Tabika KEMAS Jalan Kelab dan Penyelia Kanan KEMAS Parlimen Parit.





2. Demonstrasi yang diadakan adalah Demonstrasi Masakan Cheesekut, pendemo adalah Pn. Aini Retena. Turut diadakan juga adalah Demonstrasi Masakan Congo Bar untuk Unit Perhubungan, pendemo adalah Pn. Junaidah. Terima kasih kepada pendemo yg menyediakan resipi dan tester cheesekut dan congo bar untuk dirasai oleh semua hadirin yang hadir..... muuahhhhhhh semanis org yg membuatnyer.












3. Penyampaian Sijil Jawatankuasa Aktiviti Kelas Pendidikan Kemahiran dan Penyampaian Hadiah kepada Pemenang Pertandingan Peragaan Pakaian 1 Malaysia. Terima kasih kepada Jawatankuasa Kelas Pendidikan Kemahiran yang hadir memeriahkan majlis dan meluangkan masa dihari minggu untuk majlis kita bagi tahun ini.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAHABAT CYBER