Selasa, 22 Disember 2015

AKTIVITI AKHIR TAHUN KELAS PKK

Majlis Akhir Tahun Kelas PKK di Kg. Bukit Cupak. Terima kasih semua yang hadir memeriahkan majlis kecil-kecilan kita ini. Antara aktiviti dijalankan adalah Pertandingan Masakan Kuih Tradisional antara peserta kelas. Tenaga pengajar kelas PKK disini adalah Pn. Junaidah Mohamed Yusof. Kepada AJK Kelas PKK bagi tahun 2015 terima kasih diucapkan atas semua usaha dan bakti untuk kelas KEMAS bagi tahun ini. InsyaAllah, kita berjumpa lagi ditahun hadapan๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚........








18.12.2015 Kelas PKK Kg. Sepakat Jaya - Demonstrasi Masakan Cup Cake. Terima kasih semua yang hadir... selain Kelas PKK, Kelas Jahitan juga ada di Kg. Sepakat Jaya bersebelahan sahaja. Jangan sia2kan peluang memiliki kemahiran yang amat berharga ini. Dengan adanya kemahiran2 yang ditawarkan dapat menjadikan kita seorang yang berkemahiran dan mampu berdikari bagi meningkatkan ekonomi keluarga kita, Insya Allah........ terima kasih semua AJK Kelas KEMAS atas sokongan yang diberikan selama ini. Tenaga pengajar Kelas PKK di sini adalah Pn. Ramalah bt Jidi.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAHABAT CYBER