Khamis, 17 Disember 2015

MALAYSIA PIZZA IN D' HOUSE

17.12.2015 Kursus Masakan Pizza di Pejabat KEMAS Parlimen Parit. Kehadiran adalah seramai 30 orang yang terdiri daripada pelajar, surirumahtangga serta masyarakat jiran sebelah pejabat. Tenaga pengajar Pn. Aini Retena bt Ahmad Rahim dan dibantu oleh Pn. Meriam, Pn. Ramalah, Pn. Junaidah, dan Pn. Nurul Ain.





Sebelum program dimulakan kita bersembang mengenai tudung dulu, penggayaan tudung yang betul akan menjadikan kita merasa teguh dan tegap pendirian serta merasa keyakinan diri yang amat tinggi. Kesesuaian penggunaan tudung juga memainkan peranan kecantikan orang yang memakainya. Terima kasih kepada peserta yang memberi ilmu cara pemakaian dan gaya tudung zaman sekarang... jait sendiri pulak tu...tahniah adik muda2 dah pandai ambil peluang berniaga...


Peserta Kelas Masakan Pizza Malaysia
22.12.2015 kita akan buat kusus facial pulak, sapa nak join boleh bagi nama. Bayaran cuma 5.00hengget sahaja.... tengah cuti-cuti ni jom la kita kumpui sembang-sembang sambil belajar ilmu kecantikan pulak...hehehehheheh.....barangan yang kita gunakan ni semuanya barangan yang mudah kita dapat dalam peti ais, contohnya macam tomato, timun, telor dan lain2 heheheheh gunakan tumbuhan semulajadi, bersih, suci, selamat dan menyegarkan!!!...perghhhhh baru dengar dah hot....















Terima kasih semua yang hadir menimba ilmu kemahiran memasak pizza, hehehhe lepas ni bolehla kita niage kecil-kecilan jual Pizza Malaysia, dalam masa sejam da boleh hidang pizza......mmmm kalo nk lagi sedap dan double cheezeeeeess bleyla ditambah almaklumlah kita buat sendiri, apa nk ditambah bubuhlah selagi mau..... ternyata buat sendiri lagi sedap kan kan kan.......







Pizza yang dah masak, dipotong dan dikenduri kan ramai-ramai...huh licin pinggan







Roti yang dah masak kita sapukan minyak agar cili dan bahan inti tidak meresap dalam roti yg menyebabkan roti lembik. Sapukan minyak dan kemudian bubuh sos, kemudian bubuh cheese, bubuh inti ayam atau daging kemudian bubuh cheese lagi dan tambahla lada itam ke atau cabai benggala ke atau apa2 pun yg di minati.



















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAHABAT CYBER