Rabu, 6 Januari 2016

AKTIVITI KEMAHIRAN DI TABIKA KEMAS

Hari ke 3...nampaknya semua dah ok...suasana mula bergema dengan gelak ketawa cekgu ngan anak2 deme..... terima kasih kepada Pengerusi TBK Bota Kanan, En. Mohd Nawawi Abd Rashid, yang hadir semasa hari pertama pendaftaran 2016 bagi mengucapkan kata2 aluan kepada ibu apa yg hadir mendaftarkan anak2 di Tabika KEMAS.... 

Ucapan aluan oleh Pengerusi Tabika KEMAS Bota Kanan
Sesi suaikenal diantara anak-anak


Seramai 35 orang kanak-kanak mendaftar di Tabika KEMAS Bota Kanan bagi tahun 2016 ini. Terima kasih kepada semua ibubapa dan penjaga kanak-kanak yang mendaftar anak memasuki Tabika pada tahun ini. Umur yang diterima adalah antara 4 hingga ke 6 tahun.






Antara aktiviti yang dilaksanakan di Tabika adalah :
Kemahiran Psikomotor (Motor Halus) dan Perkembangan Koordinasi Mata dan Tangan dengan menyusun kulit kerang mengikut garisan berputar yang dilakarkan serta merenyuk kertas surat khabar utk membentuk bola.... terima kasih cekgu Sal Shamia dan Cekgu Kak Milah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAHABAT CYBER