Isnin, 14 Mac 2016

KENDURI KAMPUNG SEPAKAT JAYA

12.3.2016 KENDURI KAMPUNG Sepakat Jaya bertempat di Kelas Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK) dan Bengkel Jahitan KEMAS Kg. Sepakat Jaya. Seawal petang semalam kerja2 gotong-royong memasang khemah dan menyiapkan bahan masakan dilakukan oleh penduduk kampung. Tahniah Ketua Kampung dan JKKK kampung yang berjaya melaksanakan aktiviti berkampung beramai2 kali ini.

Sebahagian AJK Kelas PKK dan Bengkel Jahitan
YB. Ahli Parlimen dan YB. ADUN Bota hadir merasmikan Majlis Kenduri Kampung, YB. juga sempat melawat dan bertanya 'khabar' Kelas PKK dan Bengkel Jahitan dimana kaum wanita banyak melakukan aktiviti bersama KEMAS setiap hari Jumaat dari pukul 2.30-5.00 ptg dan Bengkel Jahitan setiap hari Isnin-Jumaat 8.00-5.00 ptg dan Tenaga Pengajar di situ adalah Pn. Ramalah Jidi (PKK) dan Pn. Meriam Ismail (Jahitan).






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAHABAT CYBER