Khamis, 31 Mac 2016

PROGRAM JIWA MURNI TLDM DAN MASYARAKAT

Hari ini berlangsung Program Jiwa Murni TLDM bersama masyarakat setempat di Taman Indera Barat, Titi Gantong. Antara tugasan yang diagihkan adalah mengecat Bangunan Tabika KEMAS, Sekolah Agama Rakyat dan Surau. Terima kasih semua Jawatankuasa dan AJK Taman, yang turut bersama-sama didalam program ini. Alhamdulillah semoga semuanya diberikan keberkatan dan rezeki yang melimpah ruah oleh Allah s.w.t dengan adanya program ini. Terima kasih TLDM dan abam-abam sador yang sanggup bertungkus lumus bekerja hari ini bagi menjayakan kerja-kerja kemasyarakatan. 

Tabika KEMAS Taman Indera Barat menjadi salah satu tempat program jiwa murni

Program dirasmikan oleh YB. ADUN Bota. Terima kasih kepada semua yang menghadiri program bersama pada kali ini, moga keceriaan yang diberikan kali ini dapat terus dijaga dan mendapat sambutan dan kunjungan dari masyarakat setempat. Terima kasih cekgu Jaridah Qaseh sebagai Pemaju Masyarakat di Tabika KEMAS Taman Indera Barat.






























Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAHABAT CYBER