Rabu, 11 Februari 2015

KELAS MASAKAN KG. PULAU PISANG

Kelas Pendidikan Kesejahteraan Keluarga Kg. Pulau Pisang telah mengadakan mesyuarat penubuhan kelas bagi tahun 2015. Ketua Kampung Pulau Pisang turut hadir bagi mempengerusikan mesyuarat tersebut. Sebelum mesyuarat dimulakan, penerangan GST oleh Ustazah Norashida.

Mesyuarat Kelas PKK Kg. Pulau Pisang
Bagi tahun 2015, tenaga pengajar adalah Pn. Aini Retena bt Ahmad Rahim. Tahun 2014 tenaga pengajar adalah Pn. Ramalah Jidi. Pertukaran tenaga pengajar dilakukan 2 tahun sekali bagi membolehkan cikgu dan peserta mendapat pembaharuan serta menambah pengetahuan baru dan bertukar-tukar pengalaman serta pengetahuan.




Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat kek pandan layer..mmm bahan-bahan bebas GST..

Sebelum mesyuarat dimulakan, demonstrasi memasak kek pandan layer dilakukan di kelas dengan menggunakan bahan-bahan bebas GST. Kek pandan layer yang dah standby masak 3 loyang, bukan apa takut tak sempat nak masak banyak...heheheh best nye...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAHABAT CYBER