Isnin, 2 Februari 2015

ROTI SARANG LEBAH

Bengkel Dwi-Mingguan unit Pendidikan Kesejahteraan Keluarga telah di adakan di Pejabat KEMAS Parlimen Parit. Untuk minggu ini aktiviti Demonstrasi akan di laksanakan sebagai aktiviti pertama bagi tahun 2015.

Roti Sarang Lebah lelehhhhhh.....

Memandangkan sekarang musim roti sarang lebah sedang melanda.... unit BPM juga mengambil kesempatan membuat roti ini. Sesiapa yang teringin nak merasa roti yang comel dan sedap ini bolehlah mencubanya. Namanya pun dah dengar macam sedap jerrrr ROTI SARANG LEBAH, roti ini juga antara yang boleh mendapat hasil yang lumayan dengan menjualnya.


Pn. Aini Retena menjadi tenaga pengajar demonstrasi memasak di dalam bengkel dwi mingguan BPM

Demonstrasi masakan minggu ini adalah Roti Sarang Lebah Lelehhhhh......perghhhhhh..... tenaga pengajar adalah Pn. Aini Retena bt Ahmad Rahim.




ROTI SARANG LEBAH


Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
2 sd besar gula kastor
1 sk baking powder
1/4 cawan minyak jagung
1/4 cawan yorgert
1/2 caw an air
3 grm yis kering

Caranya:
1. Masukkan semua bahan kecuali minyak.
2. Uli semua bahan hingga menjadi doh, masukkan minyak dan uli lagi hingga elastik
rehatkan doh hingga naik 2x ganda
3. Bahagi doh 15gm dan masukkan erus ke dalam loyang , tunggu hingga doh naik 2x ganda
bakar pada suhu 180c selama 25minit


SOS BUTTERSCOTCH

1 kotak whipping cream
1/2 cawan gula perang
1 tsp esen vanilla

Caranya : 
Satukan butter dan gua, Masak atas api perlahan sambil kacau. Apabila dah larut masukkan whipping cream dan kacau rata. Masukkan sedikit lagi dan kacau rata. Buat shingga cream habis. Masak dan kacau hingga gula larut kesemuanya. Angkat dan sejukkan supaya butterscotch lebih pekat.


Gambar bawah menunjukkan Kelas PKK Kampung Sadang, Parit juga mengambil kesempatan membuat Roti Sarang Lebah ini...yummmy...makcik2 pun seronok membuat roti ne, almaklumlah anak-anak pun suker bebeno....selamat mencuba...

Peserta Kelas Pendidikan Kesejahteraan Keluarga Kg. Sadang, Parit




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAHABAT CYBER