Demonstrasi Makanan Sihat iaitu "Kerabu Sengkuang" telah diadakan di Kelas PKK Kg. Sadang, Parit. Kehadiran adalah seramai 13 orang peserta. Terima kasih kepada mak~mak dan adik-adik yang datang ke kelas ini.
Semoga dengan adanya menu ini, dapatlah sama-sama kita masak dan sentiasa menjaga amalan pemakanan agar sentiasa sihat dan cergas "Badan Sihat Otak Cerdas Minda Terkawal Stress Hilang" terima kasih cekgu Pn. Ramalah Jidi yang menjadi tenaga pengajar di Kelas PKK Kg. Sadang.
Bahan-bahan yang digunapakai untuk membuat Kerabu Sengkuan ini kebanyakkan nya terdiri daripada tanaman di kebun dapur kita. Antaranya cili api, belimbing buluh, bunga kantan, bawang merah, bawang putih, kacang tanah dan sebagainya jika ingin dimasukkan ke dalam Kerabu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan