Khamis, 5 Mac 2015

RESIPI AISKRIM PASU OR LESUNG BATU

Aiskrim pasu menjadi satu fenomena mungkin kerana kreativiti meletakkan aiskrim di dalam pasu agaknya, malah ramai yang menjadikan aiskrim pasu sebagai satu pendapatan dan dihantar ke kedai-kedai atau vendor-vendor untuk memasarkan aiskrim pasu ini. Disamping keunikannya yang diletakkan di dalam pasu, ia juga memainkan peranan sebagai penenang jiwa semasa aiskrim itu dimakan kerana pasu itu sendiri unik, colourful dan pelbagai jenis pasu yg diberikan.



Harga sepasu aikrim adalam dlm lingkungan RM7.00 ke RM10.00 sepasu. Wah... sesiapa yang berminat berniaga, bisnes ni boleh dijalankan dimana2 sahaja dan mendatangkan keuntungan yang lumayan tambahan pula kalau dapat mempelbagaikan aiskrimnya contohnya seperti dibawah..AISKRIM LESUNG BATU......hihihihih mesti mahal nih, maklum la lesung batu pun da berapa harganya...kalau dpt buat lesung menggunakan temurung kelapa mungkin menguntungkan si peniaga....Selamat mencuba!

Bahan-Bahan

1. Pasu bunga plastik bersaiz kecil/ Lesung batu saiz kecil / Tempurung kelapa 
2. Cawan untuk mengisi aiskrim
3. Aiskrim (perasa apa pun boleh)
4. Biskut Oreo atau apa jenis yg and suka
5. Daun untuk hiasan (pastikan daun yang boleh dimakan)
6. Sudu kecil

Cara Membuat

1)  Masukkan cawan ke dalam pasu bunga plastik/lesung/tempurung kelapa.
2)  Kemudian isikan aiskrim ke dalam cawan.
2) Taburkan biskut yg dah dihancurkan. Utk hasil yg lebih, hancurkan dalam 5 ke 6 keping biskut.
3) Hiaskan dengan daun pilihan. Pastikan daun dari tumbuhan yang boleh dimakan seperti daun pudina. Jangan ambil daun dari pokok hiasan pula, sebab banyak tumbuhan yang beracun, keracunan pulak nanti

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAHABAT CYBER