Pemantauan bersilang bermaksud pemantauan dari KEMAS kawasan lain ke KEMAS kawasan lain yang berlainan daerah. Hari ini 07 April 2015, KEMAS Parit membuat pemantauan bersilang ke KEMAS Parlimen Larut. 5 buah tabika telah dipantau iaitu Tabika KEMAS Kg. Tebing Tinggi, Kubu Gajah, IPD Selama, Jalan Sir Shulan dan Rantau Panjang 1.
Hasil pemantaun mendapati 3K iaitu Kecerian, Keselamatan dan Kebersihan telah lama dipraktikkan oleh Pemaju Masyarakat Tabika. Susun atur tanaman bunga dan juga kebun sayur menjadikan lanskap tabika kelihatan menarik dan tersusun serta ceria dengan bungaan dan pokok yang pelbagai jenis.
Taniah diucapakan kepada tabika-tabika yang telah kami lawat dan hasilnya memang kagum kepada mereka, semoga tabika puan-puan bertambah ceria dan berterusan mengekalkan 3K bagi sesebuah tabika.
Hasil pemantauan....
Tabika KEMAS Kg. Tebing Tinggi, Selama. Pemaju Masyarakat Tabika adalah Pn. Hasniza bt Harun, Pembatu Pemaju Masyarakat Pn. Nazarita bt Samsuri
Tabika KEMAS Kubu Gajah, Selama, Pemaju Masyarakat Tabika Pn. Hasnah bt Hassan, Pembantu Pemaju Masyarakat Pn. Zaini bt Mat Piah
Tabika KEMAS IPD Selama. Pemaju Masyarakat Tabika Pn. Norzilatul Akmar bt Abu Bakar, Pembatu Pemaju Masyarakat Pn. Norshuhaida bt Mustafa.
Tabika KEMAS Jln Sir Chulan. Pemaju Masyarakat Tabika Pn. Siti Fatimah bt Abdul Rahman, dan Pembantu Pemaju Masyarakat Pn. Saridah bt Kamarudin.
Tabika KEMAS Rantau Panjang 1, Selama. Pemaju Masyarakat Tabika Pn. Norayati bt Noorden dan Pembantu Pemaju Masyarakat Pn. Che Su bt Md Akeb.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan