Selasa, 14 April 2015

TEKNOLOGI MAKANAN - MEMBUAT MEE KUNING

Kursus membuat Mee Kuning di Kolej Komuniti Pasir Salak telah diadakan pada 14hb April 2015. Kursus telah dihadiri oleh Pemaju Masyarakat Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK) cekgu Ramalah Jidi dan cekgu Junaidah Yusuf. Seramai 3 orang peserta dari pelbagai kampung juga dijemput menghadiri kursus ini.


lepas ne kita buat di kelas-kelas PKK pulak yer...mee kuning kita buat lagi selamat, suci, bersih dan ternyata halalan toiyiba....... wik wik wik..

Mee Kuning atau mee merupakan suatu produk yang amat digemari ramai. Kaedah nak buat mee ini pun cukup mudah. Bahan asas nak buat mee kuning ini adalah tepung gandum, garam, air abu dan minyak masak.


Kursus diadakan adalah bertujuan memberi kemahiran kepada peserta cara-cara membuat mee kuning dengan cara yang selamat, bersih, suci dan yang penting sekali adalah HALAL. Ini kerana kebanyakan mee kuning yang dijual sekarang tidak dapat dipastikan keselamatan dan kebersihannya. 

Dengan adanya kursus ini juga peserta dapat membuat proses nya sendiri dan membuat perniagaan kecil-kecilan dan sederhana dengan menjual mee kuning yang di dapati amat digemari dan disukai oleh semua kaum.



Mee Kuning - (guna mesin)

Bahan-bahan ( 1.2 kilo mee ) 
• 500 gm tepung gandum 
• 1 biji telur 
• Air 220 ml (sukatan lihat dibawah)
• Sedikit kunyit serbuk 

Caranya
• Masukkan tepung gandum ke dalam pasta mixer. 
• Masukkan adunan cecair (1 biji telur + serbuk kunyit + air = 220ml). On mesin. 
• Sekarang mee kuning dah keluar. 
• Rebus mee kuning dlm air mendidih selama 2-3 minit. Jangan rebus lama nanti mee kembang. 
• Tapiskan mee kuning dan cuci dengan air biasa. 
• Gaul mee dengan sedikit minyak untuk mengelakkan mee dari melekat. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAHABAT CYBER