Jumaat, 1 Mei 2015

PROJEK HIASAN KEBUN DAPUR

Kursus Kebun Dapur Prasekolah KEMAS Negeri Perak.... di ILK Seri Iskandar dari 15-17 April 2015... lepas ne tahu ler cara nk berkebun dengan cara yang lebih sistematik dan mendatangkan hasil yang lumayan.....perghhhhhhh.....tahniah.



Peserta yang terlibat Pemaju Masyarakat Tabika KEMAS Negeri Perak. Wakil Pemaju Masyarakat Tabika dari KEMAS Parit adalah Pn. Saliza Saedan dan Cik Noorhayati bt Kamaruddin. Tenaga pengajar yang menjadi mento bagi kebun dapur bagi kali ini adalah Penolong Pegawai Pertanian Kawasan Belanja / Layang-Layang En. Nazri bin Saad dan juga Pn. Salbiah bt Mohd Salleh dan Siti Hajar bt Alias.

Pegawai Pertanian dari Jabatan Pertanian Perak Tengah turut hadir bagi menyertai Program Hiasan Kebun Dapur KEMAS Perak bertempat di Tabika KEMAS RPA Changkat Sodang. 




Tanaman yang ditanam adalah seperti cili, sawi, serai, kangkung dan sebagainya. Ada diantaranya adalah sumbangan dari Jabatan Pertanian dan sebahagiannya pula dibeli di Pertanian sendiri





Turut diajar adalah cara membuat baja organik menggunakan bahan yang ada di dapur... contohnya seperti kangkung, betik, halia, bawang putih dan ikan. Baja Organik ini selamat dan dijamin mutu keselamatan dan kesuburan pokok yang menggunakannya...hahahha dijamin bersih dan suci... selamat untuk di makan mentah (pokok tersebut) tidak menggunakan baja kimia.





Program berakhir pukul 5.30 petang dan pihak KEMAS merakamkan berbanyak terima kasih atas tunjuk ajar yang telah diberikan kepada Pemaju Masyarakat Tabika KEMAS Perak. Semoga dengan adanya kursus ini, Premis Tabika dapat mewujudkan Projek Hiasan Kebun Dapur bagi menggalakkan penanaman sendiri sayur-sayuran untuk kegunaan sendiri serta mencantikkan lanskap premis tabika gar sentiasa bersih, kemas dan cantik. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAHABAT CYBER