Memaparkan catatan dengan label PKK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PKK. Papar semua catatan

Selasa, 26 April 2016

NASIK DAGING IN D HAOUSE OF PKK

Demonstrasi Memasak Nasi Daging di Kelas Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK) Kg. Sepakat Jaya, tenaga pengajar disini adalah Pn. Ramalah Jidi. Sesiapa yang berminat untuk mempelajari pelbagai lagi kemahiran seperti memasak, kraftangan, menjahit dan jahitan kreatif boleh la datang ke Kelas PKK di Kg. Sepakat Jaya setiap Jumaat 2.45 - 5.00 ptg.






Jumaat, 14 Ogos 2015

MESYUARAT BAHAGIAN PENDIDIKAN KEMAHIRAN DAN KOMUNITI 01/2015

Mesyuarat Bahagian Pembangunan Komuniti Dan Kemahiran (PKK) KEMAS Perak untuk Program Mini Karnival yang akan diadakan di Kuala Kangsar pada 3.10.2015. Mesyuarat telah diadakan di KEMAS Negeri pada 12.08.2015.

 Ianya diadakan bagi membincangkan aktiviti yang akan diadakan antaranya adalah Pertandingan Jahitan, Memasak, Dandanan Diri, Kraftangan, Multimedia dan Pusat Sumber yang akan disertai oleh Pemaju Masyarakat unit BPKK




Taklimat telah dipengerusikan oleh Pn. Shafinaz dan turut hadir En. Jifridin, Pn. Aini Mat Noor, Pn. Rohani Awang, Pn. Siti Norashikin serta Penyelia BPM pelbagai kawasan.




Ahad, 21 Disember 2014

KELAS MEMASAK di KEMAS PARIT

Ok minggu ne Kelas Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK) akan mengajar cara-cara membuat ROTI BERINTI yang berbentuk ikan. Anak-anak di rumah mesti suka ni, sebab rotinya berbentuk ikan!


Tenaga Pengajar untuk demonstrasi masakan ini adalah Pemaju Masyarakat PKK KEMAS Parlimen Parit iaitu Pn. Ramalah bt Jidi. Pada kali ini beliau mengadakan demonstrasi memasak di Kelas PKK Bandar Universiti. Ramai kaum ibu datang mempelajari menu-menu terbaru dari Cekgu Ramalah.




Untuk Pengetahuan , segala jenis aktiviti yang dilakukan di dalam Kelas PKK ini begitu menguntungkan, ini adalah kerana pelbagai aktiviti dilaksanakan bagi memberi kemahiran kepada golongan wanita untuk mempelajari ilmu dan kemahiran baru. Selain itu dengan adanya aktiviti ini, golongan wanita dapat mengembangkan kemahiran yang di pelajari ke bidang perniagaan secara kecil-kecilan pula.



KEMAS mewujudkan kelas-kelas kemahiran seperti Kelas Komputer, Kelas kemahiran menjahit, kelas masakan dan kelas pendidikan kesejahteraan keluarga (PKK) adalah untuk membantu golongan wanita agar melibatkan diri dalam perniagaan bagi membantu meningkatkan ekonomi keluarga.


Alhamdulillah, ada peserta yang telah berjaya mengembangkan perniagaan bermula dari kecil-kecilan sehinggalah mempunyai kedai untuk mengembangkan perniagaannya, contohnya seperti Qisdina Pastri yang terletak di Taman Indera Putera, yang mana telah mendapat bantuan berupa peralatan untuk perniagaannya di dalam bidang pembuatan pastri dan kek.

SAHABAT CYBER