Ahad, 30 Mac 2014

KURSUS MENJAHIT TUDUNG SHIFFON 'MISSMAR' 3 LAYER



KEMAS PARLIMEN PARIT : Pada 25 Mac-27 Mac 2014 bertempat di Bengkel Jahitan KEMAS Sepakat Jaya, Titi Gantong, telah diadakan Kursus Menjahit Tudung 'Missmar' 3 Layer. Seramai 20 orang peserta telah menyertai kursus tersebut. Peserta terdiri daripada remaja, dewasa dan kesemuanya adalah kaum wanita.


Tenaga Pengajar bagi kursus ini adalah Cik Meriam bt Ismail Pemaju Masyarakat Pendidikan Kemahiran (Jahitan) KEMAS Parit. Kursus ini juga diadakan juga bagi memperkenalkan Bengkel Jahitan KEMAS Sepakat Jaya yang baru mula beroperasi pada awal Mac 2014. Bagi pertanyaan selanjutnya mengenai kelas dan kursus-kursus yang bakal diadakan bolehlah menghubungi pejabat KEMAS untuk pertanyaan selanjutnya.

Rata-rata mengatakan bahawa ini kursus yang pertama mereka sertai untuk mempelajari cara-cara menjahit tudung 3 layer dan kesemuanya berpuas hati kerana telah dapat mengasilkan tudung jahitan sendiri. Mereka juga amat berterima kasih kepada KEMAS Parit kerana menganjurkan kursus sedemikian kerana sebagaimana yang diketahui untuk belajar menjahit tudung di luar yurannya amatlah mahal. Oleh itu, kami mengambil peluang memberi kemahiran kepada golongan wanita yang berminat untuk mempelajari dan seterusnya mengembangkan kemahiran ini bagi menjalankan perniagaan jualan tudung sama ada secara borong atau online. 

Kepada yang telah mempelajari kesemuanya amat gembira kerana telah mengetahui sedikit sebanyak cara-cara menjahit tudung yang menjadi kegilaan ramai golongan wanita masa sekarang. Semoga kami dapat melahirkan golongan usahawan-usahawan yang berminat menjana pendapatan sampingan dan seterusnya meningkatkan taraf pendapatan keluarga terutama bagi golongan luar bandar.

KEMAS Parlimen Parit juga turut mengadakan kursus komputer bagi peserta yang ingin mempelajari cara mengendalikan perniagaan seterusnya mengembangkan perniagaan secara online dengan mengajar kemahiran komputer agar perniagaan mereka lebih tersusun, teratur dan segala dokumentasinya lengkap bagi menjalankan perniagaan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAHABAT CYBER