Kakitangan KEMAS Parit
"Komuniti Sihat Perkasa Negara" aktiviti gaya hidup sihat ini diadakan setiap bulan bagi memantapkan stamina serta membina daya kekuatan diri agar sentiasa kelihatan cergas dan ceria. Seramai 76 orang kakitangan KEMAS Parit turun bagi memeriahkan lagi aktiviti gaya hidup sihat ini. Program telah diadakan pada 12 Mac 2014 bertempat di perkarangan Pejabat KEMAS Parlimen Parit.
Tenaga pengajar senamrobik adalah Pn. Norlida (Staff Nurse) dari Manjung. Aktiviti senamrobik beramai-ramai ini dijalankan selama 30 minit iaitu bermula pukul dari jam 5.00 hingga 6.00 petang. Turut menyertai program ini adalah Penyelia Kanan KEMAS Parit iaitu Pn. Hajah Zaharah bt Hj. Ahmad.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan