Memaparkan catatan dengan label Program Gaya Hidup Sihat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Program Gaya Hidup Sihat. Papar semua catatan

Selasa, 26 April 2016

PERKELAHAN RAKYAT TEPI SUNGAI PERAK

Perkelahan Rakyat di Tepi Sungai Perak, Kg. Dusun Hilir...... 23.4.2016 dari 9.00pg hingga 5.00ptg.... 


pelbagai acara diadakan antaranya Pertandingan Memancing, Sukan Rakyat, Sukan Air dan pelbagai lg....paling hot, ialah hadiah memancing tempat pertama adalah RM600, kedua RM400 dan ketiga RM200...perghhhhh... ramai penglibatan anak muda kampung di dalam aktiviti hari ini...tahniah Ketua Kampung dan rakyat jelata yang menjayakan Perkelahan Rakyat hari ini! kene pulak makannya Pecal, Ikan goreng, Sambal Belacan, Ayam Masak Kicap dan Ayo Sirap..... alhamdulillah kenyang...terima kasih kak Sarimah yang melayan keme td..hehehhehe
















Rabu, 23 Mac 2016

GAYA HIDUP SIHAT

Program Kecergasan Gaya Hidup Sihat KEMAS Daerah Perak Tengah di Ampang Superbowl Seri Iskandar 22.03.2016...... tahniah semua yang hadir di program yg pertama kali diadakan pada tahun ini. Program dirasmikan oleh Pegawai KEMAS Daerah Perak Tengah, Pn. Normalina Binti Abd Manap dengan balingan bola ter ter ke longkang tanpa jatuhan pin....maklumler tempat baru belom biase..... majulah sukan untuk negara, badan sihat minda cerdas!!!

Program Kecergasan Gaya Hidup Sihat KEMAS Daerah Perak Tengah 22.03.2016 Ampang Superbowl Seri Iskandar
Majlis penyampaian hadiah dibuat oleh PKD dan Penyelia Kanan


Team Baju Kelabu
Team Biru Merah
Team tempat ke 2
Team tempat ke 4




Ahad, 30 Mac 2014

Program GAYA HIDUP SIHAT Mac 2014





Kakitangan KEMAS Parit

"Komuniti Sihat Perkasa Negara" aktiviti gaya hidup sihat ini diadakan setiap bulan bagi memantapkan stamina serta membina daya kekuatan diri agar sentiasa kelihatan cergas dan ceria. Seramai 76 orang kakitangan KEMAS Parit turun bagi memeriahkan lagi aktiviti gaya hidup sihat ini. Program telah diadakan pada 12 Mac 2014 bertempat di perkarangan Pejabat KEMAS Parlimen Parit.


Tenaga pengajar senamrobik adalah Pn. Norlida (Staff Nurse) dari Manjung. Aktiviti senamrobik beramai-ramai ini dijalankan selama 30 minit iaitu bermula pukul dari jam 5.00 hingga 6.00 petang. Turut menyertai program ini adalah Penyelia Kanan KEMAS Parit iaitu Pn. Hajah Zaharah bt Hj. Ahmad.




SAHABAT CYBER