Isnin, 7 April 2014

BENGKEL PROFESIONALISME KEMAS ZON D di HUJUNG MINGGU...

Bengkel diadakan di Institut Latihan KEMAS Seri Iskandar pada 05 April 2014. KEMAS yang terlibat adalah KEMAS Parit, KEMAS Lumut, KEMAS Beruas dan KEMAS Pasir Salak. Perasmian telah di laksanakan oleh Tuan Ahmad Kamal Idris b. Hj. Nawawi, Pengarah KEMAS Negeri Perak. En. Ali Hanafiah, Penolong Pengarah, juga turut hadir bagi merasmikan acara penutup bengkel tersebut.


Turut hadir adalah Penyelia Kanan KEMAS Parit, Hajah Zaharah bt Hj. Ahmad, Penyelia Kanan KEMAS Pasir Salak, En. Nasurunnasir b. Hj. Alias dan Penyelia Kanan Beruas, En. Shukri. Majlis Penyampaian Sijil  kepada Penyelia Kanan juga turut menjadi acara utama.


Seramai 450 kakitangan KEMAS hadir di perjumpaan tersebut. Bengkel diadakan bertujuan bagi memantapkan lagi keupayaan pemaju masyarakat bagi melaksanakan tugasan harian dengan lebih berkesan dan cemerlang. Disamping itu juga, KEMAS Negeri turut menyediakan fasilitator bagi memberi input-input baru untuk menjalankan tugasan dengan arah tujuan dan matlamat yang betul.


Bengkel diadakan bermula dari pukul 8.00 pagi sehingga 5 petang. Terma kasih kepada semua pemaju masyarakat yang hadir walaupun pada hari cuti. Tahniah!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAHABAT CYBER