Cukai sebenarnya telah lama digunakan, termasuk dalam agama Islam sendiri. Pelbagai nama digunakan. Tapi pokok tujuannya serupa. Cukai atau Tax. Ianya bertujuan baik, demi kebajikan bersama. Supaya yang kaya dapat membantu yang miskin. Yang senang membantu yang susah.
GST bertujuan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diperkenalkan sejak 1972, kini diterima pakai di 143 buah negara seluruh dunia. Sebenarnya ia tidak membebankan rakyat kerana pengecualian diberikan ke atas barangan keperluan seperti produk-produk pertanian serta makanan asas seperti padi dan sayur-sayuran serta makanan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak, ikan, daging dan ayam.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, kadar empat peratus yang dijangka dikenakan itu lebih rendah berbanding cukai jualan dan perkhidmatan pada masa ini. Kabinet sudah putuskan dan ini satu langkah yang tidak membebankan rakyat kerana langkah ini telah diperincikan beberapa kali. Ia supaya tidak ada ketirisan dari segi pungutan hasil yang sepatutnya menjadi hasil kepada negara.
Jadi, kita tunggu perlaksanaannya oleh KERAJAAN nanti..... sebulom bermula da banyak sangat andaian2 yang buruk...TUNGGUUUUUUUU!!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan