KUALA LUMPUR, 9 MEI 2014 – YB. Dato’ Sri Hasan bin Malek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Jom Bawa Bekal Ke Sekolah bagi seluruh negara bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang, di sini.
Kempen ini dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia serta sokongan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan Persatuan-Persatuan Pengguna di negara ini.
Kempen Jom Bawa Bekal Ke Sekolah dilaksanakan bertujuan mempromosikan amalan membawa bekal makanan yang dimasak dari rumah sebagai langkah menjimat wang saku harian murid dalam
membantu mengurangkan perbelanjaan harian.
Penyertaan murid di dalam Kempen Jom Bawa Bekal Ke Sekolah ini adalah secara sukarela dan disaran dilaksanakan pada setiap hari Rabu. Diharapkan melalui kempen ini, amalan membawa makanan sendiri dari rumah akan menjadi rutin harian murid dengan sokongan daripada ibu bapa serta penjaga murid.
kempen ini juga berupaya mengatasi masalah obesiti dan kekurangan berat badan di kalangan pelajar sekolah. Selain itu, itu juga berupaya mengurangkan perbelanjaan harian pengguna sekiranya dipraktikkan. Malah, kempen ini menekankan sifat berjimat cermat bagi memupuk amalan itu dalam kalangan pelajar sekali gus melahirkan generasi yang bijak merancang perbelanjaan.
Peluang ini perlu diambil dengan bijak oleh pelajar untuk menggalakkan mereka berjimat dengan cara menggunakan sebahagian daripada wang perbelanjaan sekolah untuk disimpan. Jika mulai sekarang mereka bijak menyimpan, apabila hendak melanjutkan pelajaran kelak, mereka sudah ada sedikit wang simpanan yang boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan,”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan