Berasal dari kata ‘murus’, kata dari Bahasa Latin yang memiliki arti dinding. Dalam pengertian kontemporer, mural adalah lukisan berukuran besar yang dibuat pada dinding (interior ataupun eksterior), langit-langit, atau bidang datar lainnya.
Tabika KEMAS Kilang Sawit Felcra Nasaruddin telah melakukan aktiviti melukis mural pada dinding bangunan Tabika KEMAS. Aktiviti ini melibatkan kesemua kanak-kanak Tabika agar mereka mengetahui apa itu MURAL.
Selain dari itu juga, kanak-kanak ini diajar agar berfikiran kreatif bermain warna untuk mewarna lanskap sekeliling tabika contohnya batu, kayu, tayar dan sebagainya yang ada.
Semoga dengan adanya aktiviti ini dapat meningkatkan kemahiran serta mewujudkan kerjasama serta kerja berkumpulan antara kanak-kanak ini.
Gambar aktiviti melukis mural ;-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan