Rabu, 15 Oktober 2014

Kraf Kreatif dari Susu Getah

Seperti yang diketahui umum, pokok getah (Hevea Brasiliensis) biasanya lebih dikaitkan dengan hasil utamanya lateks yang digunakan dalam kehidupan seharian. Namun pada masa kini, kegunaan pokok getah ini diperluaskan lagi menerusi hasil penyelidikan bio-teknologi yang telah mengenengahkan daun getah sebagai salah satu sumber pendapatan di kalangan masyarakat luar bandar.



Pengeluaran hasil kraftangan ini melibatkan proses penyimpanan daun getah yang terpilih dalam tempoh sebulan. Ia diusahakan sepenuhnya oleh Perkumpulan Wanita Pekebun Kecil (PWPK) dan secara tidak langsung ia merupakan sumber pendapatan tambahan kepada sektor pekebun - pekebun kecil perusahaan getah khususnya golongan wanita di Malaysia.

Antara proses-proses yang terlibat di dalam pembuatan kraftangan menggunakan daun getah ini adalah:
1. Proses mereput dan memutihkan daun
2. Mewarna rangka daun
3. Membentuk daun menjadi bunga
4. Menggubah jambakan bunga


Terdapat pelbagai kraf tangan yang boleh dihasilkan oleh daun getah ini seperti koleksi bunga dalam bentuk jambangan bunga, koleksi perkahwinan seperti bunga telur / bunga rampai, bunga pengantin dan bunga kosage. Malah daun getah yang telah dikeringkan juga turut dijadikan hiasan pada pasu, beg cenderamata, penanda buku, rantai kunci, jam dinding dan bingkai gambar.


Selain itu, daun getah yang telah diproses ini mempunyai koleksi warna yang menarik dan unik. Koleksi warna tersebut termasuklah warna - warna batu permata seperti koleksi delima untuk merah samar, permata bagi ungu, permata firus untuk kebiru-biruan, berlian untuk putih dan nilam bagi biru.
Keindahan kraftangan dan gubahan bunga daripada daun getah terserlah apabila gubahan lebih kreatif dijalin dengan warna-warna segar yang mendapat sentuhan unik, kreatif dan moden.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAHABAT CYBER