Muzium Padi
Terletak di Gunung Keriang, 8km dari Bandaraya Alor Setar. Telah dibuka dengan rasminya oleh KDYMM Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu’adzam Shah, pada 12 Oktober 2004, bersamaan 27 Syaaban 1425.Bangunan yang berbentuk gemai padi ini mempunyai sebuah bangunan induk dan enam buah bangunan sampingan di sekelilingnya.
Muzium yang berlatar belakangkan Gunung Keriang ini kelihatan seperti berada di tengah-tengah hamparan hijau, jika anda berkunjung pada musim menanam dan dalam hamparan keemasan pada musim padi masak.Tujuan utama muzium ini dibina ialah bagi mewujudkan sebuah muzium yang unggul untuk mempamerkan bahan-bahan berkaitan padi yang melibatkan budaya, penyelidikan dan pembangunan serta perkembangan teknologi padi. Keluasan keseluruhan Muzium Padi ini ialah 12,000 meter persegi dan mempunyai tiga aras.
TABIKA KEMAS Kilang Sawit Felcra Nasaruddin telah mengadakan lawatan ke Muzium Padi pada 10/10/2014. Seramai 12 orang kanak-kanak serta ibubapa kanak-kanak turut serta dalam lawatan tersebut.
Perjalanan telah dirancang 3 bulan sebelum tarikh lawatan bagai permohonan membuat lawatan mendapat kelulusan peringkat atasan. Lawatan diadakan memandangkan tempat tersebut mem[unyai banyak sejarah serta pameran bahan-bahan berkaitan padi. Semoga dengan pendedahan ini kepada kanak-kanak mereka akan lebih memahami apa itu PADI.
Sekitar gambar lawatan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan